Dalam melaksanakan
teori ini, maka amatlah penting bagi guru merancang dan melaksanakan strategi
pengajaran seperti soalan-soalan terbuka dan dialog yang meluas agar berpadanan
dengan respon murid serta menggalakkan mereka unutk menganalisis, mentafsir,
dan meramal maklumat yang diterima. Penilaian adalah sebahagian proses
pembelajaran (Ahmad Subki, Syed Ismai, 2009). Oleh itu, murid memainkan peranan
yang lebih besar dalam menentukan kemajuan masing-masing.
Menurut Noriati,
Boon Poon Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009), antara implikasi teori
konstruktivis ini kepada proses pengajaran ialah guru hendaklah bijak merancang
pengajaran dan pembelajaran dengan teliti serta mengambil kira segala aspek
yang berkaitan dengan keupayaan murid. Hal ini adalah kerana segala
pembelajaran yang dilakukan adalah lebih berpusat kepada murid di mana murid
belajar melalui segala proses membuat atau beraktiviti yang dijalankan oleh
guru semasa di dalam kelas. Jadi, hal-hal yang berkaitan dengan keupayaan murid
adalah sangat ditekankan kerana sekiranya hampir kesemua murid di dalam sesuatu
kelas itu tidak mampu menguasai sesuatu proses pembelajaran, maka, proses
pembelajaran yang dilakukan oleh guru itu adalah tidak berjaya sama sekali.
Selain itu, guru
haruslah dapat mengenal pasti Zon Perkembangan terdekat ( ZPD ) dalam diri
murid-murid berdasarkan beberapa aktiviti yang dijalankan di dalam kelas demi
mengetahui tahap murid tersebut sama ada berada di zon
bawah ataupun zon
atas. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan guru mencari pendekatan
yang bersesuaian untuk membantu murid menguasai sesuatu sesi pembelajaran.
Seperkara lagi, Seperkara
lagi, guru juga berperanan untuk memilih beberapa orang murid yang lebih berkemahiran
untuk mengajar murid lain yang belum lagi menguasai sesuatu proses pembelajaran.
Bantuan daripada rakan-rakan yang lebih mahir adalah sangat membantu kerana berkemungkinan
besar murid yang tidak mahir itu lebih selesa diajarkan oleh rakan-rakan yang lebih
dikenali dan mesra. Seseorang pelajar juga sebenarnya adalah lebih mudah
memahami sesuatu perkara itu apabila dibimbing oleh rakan sebaya mereka jika
dibandingkan dengan guru.
Selain itu,
implikasi bagi teori ini juga ialah guru haruslah menyediakan lebih banyak
contoh dan bahan sumber yang boleh digunakan untuk membantu murid membuat
perkaitan dengan isi pelajaran yang dipelajari. Hal ini secara tidak langsung
akan membantu murid-murid tersebut membina pemahaman baharu yang belum lagi
diketahui atau dikuasai oleh mereka. Lebih banyak contoh dan bahan sumber
ditunjukkan kepada murid-murid, lebih banyak pengetahuan dapat dikuasai oleh
seseorang murid itu.
Guru juga
seharusnya mengaitkan isi pelajaran yang diajarkan kepada murid dengan situasi
sebenar. Apabila sesuatu isi pelajaran itu dikaitkan dengan situasi sebenar,
murid secara tidak langsung akan lebih memahami sesi pengajaran yang
disampaikan oleh guru. Jadi, tugasan autentik yang berasaskan masalah alam
nyata, pengalaman berasaskan konteks sebenar, aktiviti simulasi dan sebagainya
bolehlah dijalankan oleh guru ketika di dalam kelas. Jika kita menerima bahawa
teori konstruktivis adalah cara terbaik untuk menentukan pembelajaran, maka perlulah
bagi guru untuk mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang secara langsung bagi mendedahkan pelajar kepada bahan yang
dikaji untukmenggalakkan pelajar belajar. Hanya dengan mengalami dunia boleh
terus pelajar memperolehi makna daripada mereka.
Seterusnya, guru
perlu mengubah bilik darjah ke dalam suatu latar yang bercirikan penerokaan. Guru
harus menyediakan bilik darjah yang berkonsepkan penerokaan. Guru perlu
meneliti keinginan dan penyertaan pelajar dalam aktiviti untuk mengenal pasti
tujuan pembelajaran. guru hendaklah menggalakkkan interaksi rakan sebaya semasa
belajar dan bermain untk memberi ruang kepada pelajar memikir bagi menyelesaian
masalah dalam pembelajaran.
Dan implikasi yang
terakhir adalah guru haruslah sentiasa memberikan penerangan yang jelas kepada
murid-murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Penerangan
yang jelas ini adalah sangat penting kepada murid-murid kerana tanpa penerangan
yang jelas, murid berkemungkinan akan menyalahtafsir arahan atau kehendak guru.
Hal ini secara tidak langsung akan mengakibatkan sesi pengajaran tidak berjalan
dengan lancar. Maka, penerangan guru haruslah jelas, selaras dengan pemikiran
dan laras bahasa murid. Guru juga adalah digalakkan sama sekali untuk
menyertakan pelbagai contoh ketika sesi perbincangan bersama murid.