Nilai diertikan
sebagai satu konsep yang dijadikan asas oleh masyarakat untuk melihat, mengukur
atau membuat pilihan terhadap sesuatu perkara, darjat, mutu, kualiti dan taraf
perilaku dan benda mengenai seseorang atau kelompok orang sebagai baik,
berharga dan bernilai. Wan Mohd. Zahid(1988) dalam kertas kerja yang
dibentangkan dalam Seminar Nilai-Nilai Murni Merentas Kurikulum Dalam KBSM
mentakrifkan nilai murni sebagai:
"Nilai-nilai
murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa
yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu
masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama,
untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia”.
Di sini cuba dihuraikan
sejauh manakah institusi sekolah terutamanya di negara ini dapat membentuk
nilai-nilai yang baik atau nilai-nilai murni dalam diri pelajar. Dalam sistem
pendidikan di negara kita, penumpuan terhadap dasar pendidkan untuk melahirkan
insan yang baik, menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek adalah jelas berdasarkan apa yang tersurat dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Elemen akhlak, moral dan nilai-nilai murni menjadi salah satu unsur
yang penting dalam memastikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini
tercapai.
1. Pembentukan keperibadian
melalui Kokurikulum.
Penerapan nilai-nilai yang baik
turut dimasukkan dalam aktiviti ko-kurikulum sekolah. Aktiviti ko-kurikulum
secara tidak langsung mampu membina keyakinan diri, keceriaan dan kematangan
fikiran pada diri seseorang murid. Inilah adalah di antara ciri-ciri
keperibadian diri yang amat diperlukan oleh seseorang murid. Ciri- ciri
keperibadian ini menjadi tonggak kepada kecemerlangan dan juga sebagai penentu
masa depan murid-murid.
Dalam hal ini
murid sudah dilatih prinsip-prinsip asas yang akan diaplikasi sepenuhnya
apabila mereka berada dalama dunia pekerjaan. Pendedahan seumpama ini mampu
memantapkan kemahiran generik yang amat diperlukan oleh seseorang pekerja yang
berwawasan. Melalui badan beruniform banyak perkara yang menyentuh soal
disiplin didedahkan. Kepekaan terhadap masa, keperihatinan terhadap rakan-rakan
tanpa mementingkan diri sendiri adalah antara nilai-nilai murni yang sentiasa
diamalkan dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Pengurusan masa yang baik, kemahiran
berkomunikasi dan membuat persembahan adalah antara kemahiran yang diperlukan
dalam sistem pembelajaran. Seseorang murid yang pendiam, tidak suka bergaul
dengan rakan serta hanya mementingkan diri sendiri akan terperangkap apabila
mereka berada dalam situasi pembelajaran di insitutsi pengajian tinggi nanti
juga apabila mereka mengalami Susana pekerjaan kelak.. Pada masa yang lalu
jumlah A yang mereka perolehi di sekolah dahulu tidak lagi menjadi ukuran
tetapi kemahiran mereka menyampaikan sesuatu tugasan projek, permaufakatan
dalam kumpulan, kemahiran mencari maklumat dan kemahiran berfikir dan berhujah
adalah sebahagian daripada penilaian yang dibuat ke atas mereka. Murid yang
cemerlang ialah murid yang mampu mengimbangi dirinya dengan pengetahuan dan kemahiran ke arah pembentukan keperibadian diri.
2. Sekolah sebagai tempat pendidikan
displin diri.
Kerajaan melihat bahawa intitusi
pendidikan tidak terlepas dengan persoalan displin pelajar malah teras displin
banyak diprakttikkan dalam pendidikan. Maka wujudlah jawatankuasa displin di sekolah dan juga unit bimbingan dan kunseling. Penubuhan unit bimbingan dan
kaunseling. Ini dilihat sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid dalam
menghadapi konflik dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, sekolah juga
menyediakan satu unit yang dikenali Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) bagi
memberikan nasihat kepada pelajar- pelajar yang memerlukan pertolongan mereka..PRS
ditubuhkan kerana pelajar yang menghadapi masalah segan hendak berbincang
dengan guru mereka, malahan suka sekiranya mereka ditolong oleh rakan sebaya.
Masalah-masalah yang diungkit dibincangkan dengan guru-guru kaunseling bagi
mendapatkan bimbingan penyelesaian masalah yang dihadapi seseorang pelajar.
Dengan ini pelajar dapat ‘melarikan’ diri mereka dari masalah disiplin
seterusnya menambahkan keyakinan dalam diri pelajar untuk menghadapi cabaran
hidup dan seterusnya membantu mengurangkan masalah sosial di kalangan
kanak- kanak dan remaja di dalam negara.
Di sekolah juga
diwujudkan peraturan –peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid.
Contohnya, pas keluar, denda, hukuman rotan, ‘spot –check’, surat amaran
ponteng sekolah, surat tunjuk sebab tidak hadir ke sekolah dan lain- lain. Tindakan
ini mampu menghindarkan seseorang pelajar itu tidak berani mengulangi kesalahan
tersebut seterusnya mendidik dan memupuk sifat tanggungjawab dan mengubah
tingkah laku kepada yang lebih baik dalam diri pelajar. Sekolah juga diberi
peluang untuk merangka jalan-jalan penyelesaian bagi menangani masalah displin
di sekolah. Perbincangan lanjut dan kerjasama antara pihak sekolah dengan pihak
terbabit dapat ditangani dengan bijak. Contohnya, kerjasama dengan pihak polis
bagi membanteras gejala gangsterisme di sekolah. Juga
menyumbang kepada usaha membanteras jenayah dalam kehidupan bermasyarakat. Di
sekolah, semua guru disarankan untuk menyumbangkan masa dan tenaga dalam usaha
meningkatkan tahap displin pelajar di sekolah. Di sekolah juga turut diadakan
kempen-kempen kesedaran kepada para pelajar tentang masalah sosial seperti
bahaya dadah, bahaya merokok, budaya buli, dan lain-lain yang berkenaan.
Mizan Adiliah (2001) menyatakan melalui
disiplin, nilai-nilai murni dapat dipupuk kepada murid. Displin juga menjadikan
seseorang murid itu akan dapat didedahkan kepada nilai-nilai moral seperti
tanggungjawab, tolong-menolong, ketekunan, kerjasama, tidak angkuh dan
lain-lain. Maka, dapatlah dikatakan di sini bahawa peranan istitusi sekolah
dalam membentuk displin diri kepada seseorang pelajar itu tidak boleh dinafikan seterusnya menjadikan warganegara yang berguna serta mampu mengharungi cabaran-cabaran kehidupan kelak dengan
baik.
3. Sekolah membentuk budaya kepimpinan dan demokrasi.
3. Sekolah membentuk budaya kepimpinan dan demokrasi.
Di sekolah juga
terdapatnya sistem organisasi-organisasi kecil yang melibatkan guru dan
pelajar. Mengikut kenyataan Deal yang ditulis dalam buku tulisan Yahya bin Don,
Aziah Ismail, dan Yaakob Daud (2007), sekolah-sekolah yang berkesan mempunyai
budaya erat yang meletakkan kepimpinan sekolah sebagai hero dan heroin sekolah.Kepimpinan
sekolah dianggap model terbaik untuk dicontohi. Antara ciri-ciri budaya erat
adalah seperti berikut :
i.
Cara keputusan dibuat.
Berkongsi nilai-nilai dan consensus dalam melaksanakan aktiviti sekolah.
ii.
Percaya kepada unsur
rohani bagi murid yang mahu Berjaya. Upacara-upacara yang melambangkan
kepercayaan-kepercayaan seperti bacaan Yasin.
iii.
Upacara-upacara
signifikan seperti penyampaian anugerah cemerlang, mesyuarat Agung Persatuan
Ibu Bapa Dan Guru, Sambutan Maulidur Rasul dan lain-lain. Ini bertujuan
meraikan dan memindahkan nilai-nilai teras kepada murid-murid.
v.
Kesatuan. Penyertaan
yang menyeluruh dalam upacara-upacara sekolah.
Sekiranya guru-guru dan warga
sekolah bekerjasama dan memberikan komitmen yang tinggi dalam menjadikan
sekolah itu sebagai institusi yang berkesan dalam membentuk keperibadian
kepimpinan dan demokrasi, maka hasrat tersebut pasti dapat dicapai. Maka disitu
akan lahirlah murid-murid yang cemerlang dan dinamik dalam pelbagai aspek
seterusnya menjadikan seseorang murid itu sebagai pemimpin yang baik kelak.
Terima kasih banyak-banyak
ReplyDelete