Pages

Tuesday, 7 October 2014

pengenalan Tarannum

APA ITU TARANNUM....?

Tarannum adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu tarannama, yatarannamu tarannum yang membawa maksud berdendang atau menyanyi. Dr Ruuhi al-Balbaki, pakar bahasa Arab pula menyatakan bahawa kata akar bagi perkataan tarannum ini ialah rannama, yurannimu, tarnim yang membawa maksud “intonation, modulation, recital, chanting, singing and humming” iaitu yang merangkumi maksud intonasi, nyanyian dan bacaan yang baik.
Tarannum adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses Nada, Rentak dan Irama tertentu.Nada adalah tingkatan atau tekanan bunyi suara.Rentak adalah pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.Irama adalah alunan atau bentuk bunyi.Tarannum adalah suatu istilah yang diguna pakai oleh RasuluLlah SAW. Sabda Baginda:

ما أذن الله لشىء ما أذن لنبى حسن الترنم بالقرأن
رواه البخارى
Maksudnya: "Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran”.



  Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada junjungan besar Rasulullah saw melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. secara beransur-ansur dan disampaikan kepada kita dengan jalan yang mutawatir serta membacanya merupakan suatu ibadah. al-Quran mempunyai kesenian yang unik dari sudut bacaan yang memerlukan seseorang menguasai ilmu tajwid, tarannum, qiraat sab’ie, dan lain-lain lagi demi memantapkan penguasaan bacaan Tartil mengikut bentuk dan kehendak ayat agar mudah difahami, dihayati dan diamalkan dengan sempurna seterusnya dapat melahirkan generasi al-Quran yang cemerlang.
Tuntutan bertarannum dalam sabda Rasul saw :
حَسِّنُوا الْقُرْءَانَ بِأَصْوَاتِكُمْ فَأِنَّ الصَّوْتَ الْحَسَنَ يَزِيْدُ الْقُرْءَانَ حَسَنًا
Maksudnya: ”Perelokkanlah bacaan al-Quran itu dengan suara-suara kamu, sesungguhnya suara yang elok sahaja boleh menambahkan keelokkan bacaan al-Quran itu”.
(Hadith Riwayat Abu Daud)
Bacaan al-Quran yang terbaik adalah bacaan yang menggabungkan keelokan suara, bertajwid dan bertarannum yang mencapai martabat bacaan tartil yang sebenar (Nik Jaafar 1998). Menurut Nurliana Mohd Shariff (2003), alunan tarannum Al-Quran bukan sekadar tidak sama dengan lagu-lagu nyanyian lain seperti Lagu Penglipur Lara, Syair, Qasidah, Nasyid dan sebagainya bahkan al-Quran juga tidak boleh dilagukan seperti lagu-lagu nyanyian tersebut. Perkara ini telah jelas diterangkan oleh baginda saw dalam sabdanya :
إقرؤا القرأن بلحون العرب وأصواتها وإياكم ولحون اهل الفسق وأهل كتابين
Bermaksud : “Bacalah al-Quran itu dengan irama (lagu) kearaban dan dengan suara berlahjah arab. Jangan sekali-kali kamu melagukan al-Quran itu dengan gaya lagu ahli fasik dan ahli-ahli kitab (Kristian dan Yahudi).” (Hadis Riwayat Imam Thabrani & Baihaqi). 

No comments:

Post a Comment