Pages

Tuesday, 7 October 2014

Konsep Pengajaran dan Pengajaran

Shahabuddin bin Hashim, Rohizani binti Yaakub & Mohd Zohir bin Ahmad (2007) mengambarkan konsep pengajaran dan pembelajaran seperti rajah berikut :

Rajah 1.1 Konsep Pengajaran dan pembelajaran


1.1 Definisi Pengajaran.
Mengikut Kamus Dewan, pengajaran dapat didefinisikan sebagai perihal mengajar dan segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang dipeningkan dan juga ia meliputi segala sesuatu cara atau perbuatan yang diajarkan. Menurut Ahmad Subki MIskon &Syed Ismail Syed Mustafa (2011), pengajaran secara ringkasnya  bermaksds satu proses untuk menyampai dan menyumbang idea- idea serta memudah cara pembinaan ilmu, menentukan st ndard dan menggalakkan aktiviti, membantu seorang murid untuk belajar dan mencabar murid ke arah pencapaian potensi optimum. Kamarudin Hj, Husin dalam penyataannya yang ditulis oleh  Mahani Razali, Ramlah Jantan & Shahabuddin Hashim (2006) mengatakan pengajaran adalah satu proses pengendalian urusan agi membolehkan ppelajar mengetahui atau menyempurnakan sesuatu yang mereka tidak dapat lakukan sendiri sebelum itu. Pengajaran meliputi perkara-perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian, dengan tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada para pelajar dengan cara yang berkesan (Mok Soon Sang, 2002).
Maka dapatlah dirumuskan di sini bahawa pengajaran adalah aktiviti-aktiviti yang bematlamat  yang dilakukan oleh pengajar atau guru secara sengaja dan disedari bagi membantu pengajaran.Pengajaran dalam konteks masa kini boleh ditafsirkan sebagai berikut :
1.1.1 Pengajaran sebagai suatu proses. Perkara ini dilihat dalam konteks 
               pendidikan formal yang boleh dihuraikan sebagai suatu proses yang          
               berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya  
               murid-murid dapat mempelajari dan menguasainya dengan berkesan.
               Mengikut  Konsep Thomas F.Green, tujuan mengajar boleh dilihat                
               seperti  berikut :        



Rajah 1.1.1(1) Konsep pengajaran Thomas F. Green
        Mengikut Thomas lagi, antara lapan konsep yang berkaitan         
                   dengan pengajaran iaitu ugutan, ancaman fizikal, indoktrinasi,
                   mempropaganda dan hanya latihan, pelaziman dan mengajar boleh 
                   digolongkan dalam kawasan kecerdasan akal dan berkait rapat dengan 
                   konsep pengajaran.
       Untuk mencapai tujuan pengajaran tersebut dengan berkesan, 
    proses pengajaran harus dilaksanakan secara sistematik mengikuti
    langkah-langkah yang sesuai seperti rajah berikut :
                  Rajah1.1.1(2) Proses Pengajaran yang berkesan

1.1.2  Pengajaran sebagai suatu bidang komunikasi. Pengajaran merupakan
proses komunikasi kerana pengajaran meliputi aktiviti perhubungan dan  
interaksi di antara guru dan murid. Pendidikan pada hari ini, bentuk  
komunikasi telah ditukar kepada interaksi dua hala berbanding pada   
waktu dahulu iaitu :


Rajah 1.1.2(1) Bentuk komunikasi dua hala
      Bentuk komunikasi dua hala ini membolehkan murid bertanya guru  
      semasa guru sedang mengajar apabila menghadapi masalah  
      pembelajaran.
1.1.3  Pengajaran sebagai suatu bidang sains. Pengajaran merupakan satu aktiviti yang bersifat saintifik kerana pengajaran yang berkesan hanya boleh berlaku atas penggunaan prinsin-prinsip dan kaedah mengajar yang telah dikaji dan diuji oleh pakar-pakar pendidik. Segala aktiviti dalam pengajaran dilakukan hasil dari kajian atas psikologi perkembangan murid dari segi intelek dan emosi mereka.
1.1.4 Pengajaran sebagai suatu bidang seni. ini kerana pengajaran juga melibatkan emosi, nilai dan tingkah laku manusia. Teori-teori pengajaran dan pembelajaran hanya berguna apabila teori itu boleh diaplikasikan kepada sekumpulan murid secara keseluruhan sahaja dan bukan kepada setiap individu. Ini kerana setiap individu mempunyai potensi intelek, emosi,rohani, dan jasmani yang berbeza. Ini bermakna guru perlu mempunyai bakat dan seni mengajar, iaitu boleh mengubahsuai model dan teori pengajaran-pembelajaran sesuai dengan kebolehan murid-murid yang berbeza-beza.

No comments:

Post a Comment