Konstruktivisme dibangunkan pada awal abad
ke-20. Ia adalah satu cabang falsafah yang melihat ilmu sebagai sesuatu yang
orang diciptakan daripada sesuatu yang wujud di dunia. Ianya bermula dari Jean
Piaget (1896- 1980) di mana asimilasi dan penyesuaian yang digunakan untuk
membina pengetahuan baru.
Perkataan Konstruktrivis diambil dari kata
kerja inggeris “construct” yang diserapkan dari bahasa Latin "construere"
yang bermaksud menyusun atau membuat
struktur (Sukiman,2008). Konsturktivis juga boleh diertikan sebagai satu proses
membangun atau menyusun pengetahuan baru dalam struktur kognitif seseorang individu
berdasarkan pengalaman. Istilah “
constructivism” Istilah ini merujuk kepada idea bahawa pelajar membina
pengetahuan sendiri. Teori Konstruktivis berasal daripada salah satu daripada
aliran ilmu falsafah yang menekankan bahawa pengetahuan kita adalah konstruksi
iaitu bentukan dari diri kita sendiri (Sukiman,2008) . Menurut Brook &
Brooks (1993), konstruktivis adalah lebih merupakan suatu filosofi dan bukan
suatu strategi pembelajaran.
Terdapat beberapa Definisi teori konstuktivis iaitu :
·
Medrano (2005) menyatakan bahawa konstruktivis adalah falsafah yang
melihat
ilmu sebagai sesuatu yang setiap daripada kita mewujudkan, dan bukannya
sesuatu yang wujud di dunia fizikal.
·
Hein (1991) menyatakan bahawa konstruktivisme membina pelajar mencipta
pengetahuan sendiri.
·
Cahyo (2013) menyatakan konstruktivisme merupakan salah satu falsafah
pengetahuan yang menekankan bahawa pengetahuan adalah buatan kita
sendiri
sebagai hasil gabungan konstruksi dengan kognitif melalui kegiatan
individu
dengan membuat struktur, kategori, konsep, dan skema yang diperlukan
untuk
membangun pengetahuan tersebut.
·
Naimah Yusuff,etc (2014) menyatakan cara kanak-kanak membina pengetahuan
dan makna dalam proses pembelajaran sama ada secara formal ataupun tidak formal.
Terdapat 2 orang tokoh yang mempopularkan
teori ini iaitu Jean Plaget (1896-1980) dan Lev Vygotsky(1896-1934).
No comments:
Post a Comment