Menurut kamus
dewan edisi keempat, teori bermaksud prinsip-prinsip am atau asas-asas kasar yg
menjadi dasar pembentukan (perkembangan) sesuatu pengetahuan. Mok song sang
(2002) menyatakan teori itu secara umumnya adalah perkaitan beberapan andaian
atau penyataan yang telah diperhati dan dikaji secara saintifik dan
didefinisikan di bawah sesuatu situasi atau syarat tertentu, berdasarkan hasil
kajian yang dijalankan oleh tokoh-tokoh tertentu. Teori melibatkan proses celik
akal manusia.mengikut pemerhatian ahli psikologi Wolfgsng Kohler dan
rakan-rakannya, mereka berpendapat teori amat berkaitan dengan penyelasaiaan
celik akal manusia. Katanya :
“ Celik akal merupakan kebolehan
mental yang mendorongkan manusia mempersepsikan perkaitan unsur-unsur dalam
persekitaran secara tiba-tiba, demi menolongnya menyelesaikan masalah yang
dihadapi “.
Di sini dapatlah dilihat bahawa teori adalah satu set
pernyataan yang berkaitan secara logik akal manusia yang amat membantu
pemikiran manusia menerima sesuatu perkara atau maklumat yang baru. Namun teori
juga boleh berubah megikut keperluan situasi.
Teori pembelajaran merupakan dapatan kajian
ahli-ahli psikologi pendidikan tentang konsep pembelajaran, faktor-faktor yang
mempengaruhi pembelajaran, faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran serta
proses dan sebab berlakunya pembelajaran. teori pembelajaran menghuraikan tentang unsur, faktor dan mekanisme yang ada
dalam proses pembelajaran. Kebanyakan teori pembelajaran itu wujud hasil dari
kaji selidik dan pemerhatian dan terdapat juga yang terbentuk melalui pemikiran
logik berasaskan falsafah.
Maka dapatlah saya katakan di sini, teori
pembelajaran yang diwujudkan mampu untuk menghubungkan antara hal yang ada
dengan bagaimana menghasilkan hal tersebut . teori pembelajaran juga hanya
sebagai pembimbing terhadap apa yang harus dilakukan untuk menghasilkan hal
tersebut. Amatlah penting bagi seorang guru menggunakan pendekatan yang sesuai
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah supaya murid-murid
dapat mempelajari sesuatu mata pelajaran dengan berkesan. Maka, ahli-ahli
psikologi telah mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku dan terhasillah
beberapa teori pembelajaran. di sini sedikit sebanyak akan saya huraikan
tentang teori pembelajaran konstruktivis.
No comments:
Post a Comment