ALQURAN & TAJWID

MAKHRAJ HURUF DAN SIFAT-SIFAT HURUF AL-QURAN.

1.1 Pengenalan

Makhraj dari segi bahasa nama bagi tempat keluarnya huruf. Dari segi istilah Qurra’ pula bermaksud tempat keluar sesuatu huruf.Ulama telah bersepakat bahawa terdapat 29 huruf Al-Quran atau dikenali sebagai huruf Hijaiyah. Huruf-huruf tersebut ialah :-


Sebahagian yang lain pula berpendapat terdapat 28 huruf hijaiyah. Ini kerana mereka berpendapat bahawa huruf alif bukan huruf konsonen. Mereka berpendapat bahawa huruf alif adalah huruf mad atupun huruf vokal.Huruf-huruf tersebut mempunyai sebutan yang berbeza-beza.

1.2 Bahagian Makhraj Huruf 

Terdapat 17 jenis makhraj huruf  yang dibahagikan kepada lima kumpulan seperti di dalam rajah berikut :

Rajah 1.2.1 Pembahagian Makhraj Huruf


1.2.1 Al-Jauf الجوف

Aljauf bermaksud bahagian mulut dan rongga tekak. Huruf-huruf yang berfungsi atau keluar dari tempat ini ialah huruf alif (ا), wau (و) dan ya’ (ي). Huruf ini juga dikenali sebagai huruf Al-Madiah.
1.2.2 Al-Halqu الحلق
Alhalqu bermaksud bahagian rongga tekak atau kerongkong. Terdapat 3 pecahan huruf dari bahagian ini iaitu : 
Pangkal halkum ء , ه
Tengah halkum ح , ع
Hujung halkum خ , غ 

1.2.3 Al-Lisan اللسان

Allisan bermaksud bahagian lidah. Terdapat beberapa pecahan huruf dari bahagian ini iaitu :


















1.2.4 As-Syafatan الشفتان


Assyafatan bermaksud dua bibir mulut. Huruf yang berfungsi pada makhraj ini ialah :

1.2.5 Al-Khaisyum   الخيشوم

Alkhaisyum bermaksud rongga hidung. Huruf yang berfungsi pada makhraj ini ialah huruf ghunnah iaitu mim (م) dan nun (ن).

1.3 Sifat –Sifat Huruf Al-Quran

Perkataan sifat dari segi istilah ilmu tajwid bererti ciri yang menjelaskan perihal sesuatu huruf. Melalui ciri-ciri huruf seseorang itu akan dapat membezakan sesuatu huruf itu dengan keadaan-keadaan sebutannya seperti ciri huruf yang tertahan, berdesing, melantun dan seumpanya.


1.4 Faedah Mempelajari Sifat Huruf.

Antara faedah-faedah mempelajari dan memahami sifat huruf ialah :
i. Pelengkap kepada makhraj, kerana dengan mengetahui sifat, sebutan huruf=huruf yang bersamaan makhraj akan dapat dibezakan lafaz sebutannya, seperti huruf  ث, ذ, ظ, huruf  ط , د , ت dan huruf ح , ع.
ii. Mengenal huruf yang kuat dan lemah atau huruf yang dilafazkan secara tebal dan huruf yang dilafazkan secara tipis kerana sesuatu yang wujud pada ciri atau sifat huruf tersebut.
iii. Memperkemas ketepatan sebutan sesuatu huruf supaya ia dapat dilafazkan dengan betul, terutamanya bagi huruf yang hampir sama sebutannya seperti huruf ث dengan س,  dan ح  dengan  ه.


Gambar Makhraj Huruf

Bahagian Sifat-Sifat Huruf

Secara amnya, sifat huruf dapat dibahagikan kepada 2 bahagian iatu sifat Lazimah (لازمه) dan sifat ‘Aridhoh (عارضه). Sifat lazimah ialah sifat kekal yang pasti ada bagi setiap sebutan huruf dalam semua keadaannya, tetap tidak terpisah dari sesuatu huruf itu, samaada pada keadaan berbaris ataupun sukun (mati). Manakala sifat ‘aridhoh pula ialah sifat mendatang yang berubah-ubah bagi sesuatu sebutan huruf. Ciri atau sifat itu adakalanya terpisah dari huruf dan menyertainya pula pada keadaan yang lain seperti tarqiq (tebal), tafkhim (nipis), ghunnah, izhar dan lain-lain.

Ahli qiraat berbeza-beza pendapat dalam menetapkan jumlah sifat-sifat huruf hijaiyah. Sebahagian menetapkan sebanyak 19 sifat, sebahagian lagi menetapkan 18 sifat, 17 sifat, 16 sifat malah ada yang menetapkan sehingga 44 sifat. Namun, pada kali ini akan dihuraikan mengenai pendapat yang lebih umum dibicarakan oleh ahli Qiraat iaitu 19 sifat. Terdapat 2 jenis sifat huruf yang dapat dikelaskan iaitu sifat-sifat huruf yang berlawanan dan sifat-sifat huruf yang tunggal atau tidak berlawanan.

          Sifat huruf yang berlawanan dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu boleh dilihat di dalam jadual berikut :


Al-Jahru الجَهر  - Ialah suara yang terang atau tebal atau kuat sebutannya. Huruf-hurufnya adalah seperti berikut :

ع  ظ  م  و ز ن  ق  ا ر ء ذ ي غ  ض  ج  د ط ل  ب


Al-Hams الهَمْس    - Membunyikan huruf dengan berdesis dan nafas terlepas, sehingga bunyi huruf terdengar agak samar. Hurufnya ada 10 iaitu :

ف  ح  ث  هـ  ش  خ  ص  س  ك  ت



As-Syiddah الشِّدَّة   - Maksudnya ialah membunyikan huruf dengan suara tertahan dan lebih kuat tertahannya ketika mati atau waqaf. Hurufnya ada 8 iaitu :

أ  ج  د ق ط ب  ك ت



Ar-Rokhawah الرَّخَاوة   - Iaitu terlepas atau keluarnya suara ketika membaca huruf-hurufnya. Hurufnya ada lima belas iaitu selain huruf As-Syiddah :


خ  ذ  غ  ث  ح  ظ  ف  ض ش  و  ص  ز ي  س  ه


Al-Isti'lak  الإِستِعْلَاء - Adalah terangkatnya lidah ke rongga atas ketika mengucapkan huruf-hurufnya sehingga sehingga bunyi huruf menjadi lebih tinggi, tebal dan berat.hurufnya ada 7 iaitu :


خ  ص ض غ ط  ق  ظ


Al-Istifal   الإسْتفَال – Al-Istifal bermaksud turun. Maksudnya ialah membunyikan huruf dengan menurunkan pangkal lidah ke dasar lidah, sehingga bunyi huruf menjadi rendah, tipis dan ringan. Hurufnya ada 22 iaitu :

ث  ب  ت  ع  ز  م ن ي  ج  و د ح ر  ف هـ إ  ذ  س ل  ش ك


Al-Itbaq  الإطْبَاق  -  Tertutup. Maksudnya ialah membnyikan huruf dengan melengkungkan keliling lidah ke langit-langit mulut, sehingga bunyinya lebih besar dan berat. Hurufnya ada 4 iaitu : 

ص  ض ط ظ


Al-Infitah الإنفِتاح  - Terbuka. Maksudnya ialah membunyikan huruf dengan pertengahan lidah terbuka (tidak melengkungkan keliling lidah ke langit-langit), sehingga bunyi huruf lebih kecil dan ringan. Hurufnya ada 25 iaitu :

م  ن ا ء خ  ذ  و  ج  د س  ع  ة  ف ز  ك ح ق ل  ه  ش ر  ب  غ  ي  ث



Al-Izlaq الإذْلاق   - Adalah mengucapkan huruf dengan mudah, kerana kedudukan makhrajnya berada di hujung lidah atau bibir. Semua huruf yang mempunyai sifat Al Idzlaq ada enam iaitu :

ف  ر م ن ل ب
















6 comments:

  1. Nota yang sangat membantu. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Sangat membantu dan minta izin belajar.

    ReplyDelete
  3. AsSalam, minta izin utk sy gunakan nota ini sbg medium utk revision dgn rakan2 ya

    ReplyDelete
  4. BAHAGIAN SIFAT2 HURUF
    Nipis(tarqiq) Tebal(tafkhim)

    ReplyDelete