Wednesday 1 July 2015

Teori Perkembangan Jean Piaget

Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget.
Jean Piaget terkenal dengan teori kognitifnya yangamat  berpengaruh terhadap perkembangan konsep kecerdasan. Piaget menyatakan bahawa perkembangan kognitif bukan hanya dari hasil kematangan organisma dan bukan pula pengaruh lingkungan semata, tetapi hasil interaksi diantara keduanya. Jean Piaget mengatakan bahawa anak dapat membangun secara aktif di dalam dunia kognitif mereka sendiri. Dalam pandangan Piaget, terdapat dua proses yang menjadi dasar perkembangan dunia individu, iaitu asimulasi dan akomodasi.
Menurut beliau, mengikut kebiasaan dua proses untuk membuat adaptasi dengan pesekitaran iaitu :
-          Asimilasi iaitu proses memuatkan maklumat baru dalam struktur kognitif sedia ada.
-          Proses ini berlaku sepanjang masa kerana kita sering memproses pelbagai jenis maklumat dan pengalaman.
-          Contohnya seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji buah oren. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang( skema yang sedia ada) dan segaligus merasanya.melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan “ sebiji oren ”.
-          Skema bermaksud tingkah laku yang dikawal mengikut struktur mental.

-          Akodomasi berlaku apabila kita berdepan dengan maklumat atau pengalaman atau pengalaman baru.
-          Biasanya, kita akan wujudkan skema baru untuk menempatkan maklumat atau ataupun mengubahsuai skema sedia ada agar boleh memuatkan maklumat atau pengalaman baru.

-          Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.

Peringkat-peringkat perkembangan kognitif menurut Jean Piaget mempunyai empat peringkat iaitu :

Peringkat Sensorimotor (Sejak Lahir hingga 2 Tahun ).

Pada peringkat ini, persepsi bayi adalah melalui dunia.dalam usia ini, bayi cuba belajar mengkoordinasi daripada derianya. Pada tahap ini juga, pengekalan objek (object permanence), iaitu suatu pemahaman objek wujud walaupun objek tersebut tidak kelihatan di depannya. Bayi hanya menyedari apa yang serta-merta di hadapan mereka. Mereka memberi tumpuan kepada apa yang mereka lihat, apa yang mereka lakukan, dan interaksi dengan persekitaran fizikal terdekat mereka.
 Disebabkan mereka belum tahu bagaimana perkara bertindak balas, mereka sentiasa bereksperimen dengan aktiviti-aktiviti seperti berjabat atau membuang sesuatu, meletakkan sesuatu ke dalam mulut mereka, dan belajar tentang dunia melalui percubaan dan kesilapan. Peringkat akhir termasuk matlamat berorientasikan tingkah laku yang membawa kepada hasil yang diingini. Perkembangan kognitif bayi adalah cepat tetapi kebolehan mentalnya hanya terhad kepada objek-objek yang boleh dilihatnya.
Antara usia 7 dan 9 bulan, bayi mula menyedari bahawa objek wujud walaupun ia tidak lagi boleh dilihat. Ini peristiwa penting  yang dikenali sebagai objek kekal. Ianya adalah tanda bahawa memori sedang membangun.

Peringkat Pra Operasional (2-7 Tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah mengenal symbol untuk mewakili pelbagai aspek persekitarannya. Contohnya, mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Selain itu, mereka juga tidak mempunyai konsep pengabdian (Ahmad Subki, Syed Ismail,2011) iaitu merujuk kepada idea bahawa sesuatu kuantiti adalah sama walaupun telah berubah.terdapat 5 jenis pengabdian iaitu jisim, nombor, panjang, cecair, Luas.
Penggunaan bahasa mereka juga semakin matang.Suppiah dan lain-lain (2012) menyatakan kanak-kanak mula menggunakan bahasa dan memikir secara simbolik, tetapi kekal intuitif dan egosentrisme. Egosentrisme ialah ketidakupayaan untukmembezakan antara perspektif seseorang dengan orang lain. Pemikiran mereka adalah berdasarkan kepada gerak hati dan masih tidak sepenuhnya logic (www.webmd.com,1.7.2015)
 Walaupun begitu, kanak-kanak pada usia sebigini berupaya membangunkan ingatan dan imaginasi yang membolehkan mereka untuk memahami perbezaan antara masa lalu dan masa depan, dan melibatkan diri dalam membina keparcayaan.

Peringkat Operasi Konkrit (7-11 Tahun)

Kanak-kanak pada peringkat ini sudah boleh mula berfikir secara logic. Mereka boleh menyelesaikan tugas berkaitan pengabdian. Mereka sudah faham konsep pembalikan kerana walaupun objek diubah kedudukan mereka faham bahawa tiada perubahan telah berlaku contohnya kanak-kanak boleh menyelesaikan operasi tambah.
Pada perkembangan ini, kanak-kanak sudah dapat berfikir secara logic tentang objek atau situasi yang konkrit, kategori dan prinsip-prinsipnya.

Peringkat Operasi Formal ( 11 Tahun Ke Atas )

            Peringkat yang terakhir dalam teori perkembangan kognitif Piaget ialah apabila operasi pemikiran formal dicapai. Pada tahap ini, kanak-kanak mula memikir lebih kepada prinsip abstrak seperti demokrasi, pengiktirafandan pemikiran.mereka mula keluar daripada berfikir secara konkrit dan contoh spesifik yang dilakukan dalam tahap operasi konkrit. Menurut Christine Brain dan Penny Mukherji (2005), di peringkat operasi formal, objek yang sebenar (konkrit) tidak lagi diperlukan dan operasi mental boleh dilaksanakan ‘di kepala’   menggunakan istilah abstrak.
            Kanak –kanak dalam tahap ini juga boleh berfikir tentang pemikiran mereka dan menjadi kurang egosentrik. Keupayaan intelek dewasa (bentuk pemikiran kognitif yang berbeza-beza) adalah merupakan misi utama dalam operasi formal ini. Inilah titik utama teori perkembangan kognitif Jean Piaget.



Peringkat perkembangan kognitif Jean Piaget.


No comments:

Post a Comment