Saturday, 27 June 2015

Definisi Teori Pembelajaran.

Menurut kamus dewan edisi keempat, teori bermaksud prinsip-prinsip am atau asas-asas kasar yg menjadi dasar pembentukan (perkembangan) sesuatu pengetahuan. Mok song sang (2002) menyatakan teori itu secara umumnya adalah perkaitan beberapan andaian atau penyataan yang telah diperhati dan dikaji secara saintifik dan didefinisikan di bawah sesuatu situasi atau syarat tertentu, berdasarkan hasil kajian yang dijalankan oleh tokoh-tokoh tertentu. Teori melibatkan proses celik akal manusia.mengikut pemerhatian ahli psikologi Wolfgsng Kohler dan rakan-rakannya, mereka berpendapat teori amat berkaitan dengan penyelasaiaan celik akal manusia. Katanya :
            “ Celik akal merupakan kebolehan mental yang mendorongkan manusia mempersepsikan perkaitan unsur-unsur dalam persekitaran secara tiba-tiba, demi menolongnya menyelesaikan masalah yang dihadapi “.
Di sini dapatlah  dilihat bahawa teori adalah satu set pernyataan yang berkaitan secara logik akal manusia yang amat membantu pemikiran manusia menerima sesuatu perkara atau maklumat yang baru. Namun teori juga boleh berubah megikut keperluan situasi.
Teori pembelajaran merupakan dapatan kajian ahli-ahli psikologi pendidikan tentang konsep pembelajaran, faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran, faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran serta proses dan sebab berlakunya pembelajaran.  teori pembelajaran menghuraikan  tentang unsur, faktor dan mekanisme yang ada dalam proses pembelajaran. Kebanyakan teori pembelajaran itu wujud hasil dari kaji selidik dan pemerhatian dan terdapat juga yang terbentuk melalui pemikiran logik berasaskan falsafah.

Maka dapatlah saya katakan di sini, teori pembelajaran yang diwujudkan mampu untuk menghubungkan antara hal yang ada dengan bagaimana menghasilkan hal tersebut . teori pembelajaran juga hanya sebagai pembimbing terhadap apa yang harus dilakukan untuk menghasilkan hal tersebut. Amatlah penting bagi seorang guru menggunakan pendekatan yang sesuai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah supaya murid-murid dapat mempelajari sesuatu mata pelajaran dengan berkesan. Maka, ahli-ahli psikologi telah mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku dan terhasillah beberapa teori pembelajaran. di sini sedikit sebanyak akan saya huraikan tentang teori pembelajaran konstruktivis.


No comments:

Post a Comment