Saturday 27 June 2015

Teori Pembelajaran Konstruktivis

Konstruktivisme dibangunkan pada awal abad ke-20. Ia adalah satu cabang falsafah yang melihat ilmu sebagai sesuatu yang orang diciptakan daripada sesuatu yang wujud di dunia. Ianya bermula dari Jean Piaget (1896- 1980) di mana asimilasi dan penyesuaian yang digunakan untuk membina pengetahuan baru.

Perkataan Konstruktrivis diambil dari kata kerja inggeris “construct” yang diserapkan dari bahasa Latin "construere"  yang bermaksud menyusun atau membuat struktur (Sukiman,2008). Konsturktivis juga boleh diertikan sebagai satu proses membangun atau menyusun pengetahuan baru dalam struktur kognitif seseorang individu berdasarkan pengalaman.  Istilah “ constructivism” Istilah ini merujuk kepada idea bahawa pelajar membina pengetahuan sendiri. Teori Konstruktivis berasal daripada salah satu daripada aliran ilmu falsafah yang menekankan bahawa pengetahuan kita adalah konstruksi iaitu bentukan dari diri kita sendiri (Sukiman,2008) . Menurut Brook & Brooks (1993), konstruktivis adalah lebih merupakan suatu filosofi dan bukan suatu strategi pembelajaran.
Terdapat beberapa Definisi  teori konstuktivis iaitu :
·         Medrano (2005) menyatakan bahawa konstruktivis adalah falsafah yang melihat  
      ilmu sebagai sesuatu yang setiap daripada kita mewujudkan, dan bukannya
      sesuatu yang wujud di dunia fizikal.
·         Hein (1991) menyatakan bahawa konstruktivisme membina pelajar mencipta
      pengetahuan sendiri.
·         Cahyo (2013) menyatakan konstruktivisme merupakan salah satu falsafah   
      pengetahuan yang menekankan bahawa pengetahuan adalah buatan kita sendiri
      sebagai hasil gabungan konstruksi dengan kognitif melalui kegiatan individu
      dengan membuat struktur, kategori, konsep, dan skema yang diperlukan untuk    
      membangun pengetahuan tersebut.
·         Naimah Yusuff,etc (2014) menyatakan cara kanak-kanak membina pengetahuan dan makna dalam proses pembelajaran sama ada secara formal ataupun tidak formal.

Terdapat 2 orang tokoh yang mempopularkan teori ini iaitu Jean Plaget (1896-1980) dan Lev Vygotsky(1896-1934).














No comments:

Post a Comment