Kemunculan sekolah
adalah atas kehendak dan fitrah manusia itu sendiri. Dalam mewujudkan
keberhasilan keinginan atau kehendak sesebuah masyarakat dalam sistem
persekolahan, pelbagai usaha dilakukan oleh pihak-pihak yang berkenaan bagi
menjadikan sekolah itu sebagai satu institusi yang memberi peranan yang penting
dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang seimbang dari pelbagai segi termasuklah
keharmonian dalam sesebuah Negara. mari kita lihat antara peranan sekolah kepada sistem sosial dan masyarakat.
1. Mengajar dan
melatih murid berinteraksi atau berhubungan sesama manusia dengan baik.
Peranan sekolah bukanlah sahaja untuk menjadikan seseorang itu berlimu pengetahuan, bahkan ianya membawa skop yang lebih luas lagi. Salah satunya adalah menjadikan sesebuah masyarakat itu hidup dalam hubungan yang baik antara satu sama lain. Bagja Waluya (2007) pula menyatakan pendidikan pada hakikatnya adalah proses menemukan identiti seseorang.,Pendapat-pendapat ini amat sesuai jika kita melihat dalam proses perkembangan sosial anak-anak di sekolah.
2. Menambah pengetahuan dan meningkatkan kemahiran
murid dalam sistem sosial masyarakat.
Di situ seorang murid akan bertemu dengan
individu-individu lain yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Disinilah
seorang murid akan belajar berkomunikasi dan berinteraksi sesama mereka. Maka,
seterusnya akan lahirlah gabungan dari individu-individu yang membentuk suatu
kelompok sosial yang teratur dan memiliki fungsi dan peranan yang kompleks
dalam kacamata pendidikan.
3. Mengenalkan dan melatih murid dengan sistem
birokrasi.
Di dalam kelas juga terdapat juga organisasi
kecil yang telah ditetapkan dalam sesebuah sekolah seperti ketua darjah,
penolong ketua darjah, setiausaha, bendahari, jadual bertugas dan sebagainya.
Ini secara tidak langsung akan lahirnya pelbagai ‘jabatan’ yang terbentuk
secara hieraki sesuai dengan tugas dan bidang kuasa mereka di dalam kelas. Maka
dapatlah dilihat disini, murid-murid telah pun diajar dalam membentuk satu
sistem birokrasi yang akan mereka gunakan apabila bercampur dengan masyarakat suatu
hari nanti.
4. Mewujudkan insan yang mampu berkomunikasi
dengan fleksibel.
Satu perkara lagi yang menjadikan sekolah
itu sebagai sebuah sistem sosial yang penting adalah komunikasi. Komunikasi
adalah saluran yang penting dalam pendidikan kerana dengan interaksi
komunikasilah, bahan-bahan pelajaran serta maklumat dapat disampaikan. Aktiviti
berkomunikasi di sekolah disampaikan dalam pelbagai cara sama ada melalui guru
atau murid. Di sini secara tidak langsung, murid dapat mempelajari cara-cara
berkomunikasi antara rakan-rakan, guru-guru, dan orang sekelilingnya yang
datang dari pelbagai status sosial, ekonomi, kepercayaan dan lain-lain. Di
sekolah juga, seseorang murid itu dapat mempelajari cara-cara menghadapi dan
menyelesaikan konflik yang berlaku sesama mereka.
5. Menambah dan meningkatkan pengalaman pelajar yang boleh memberi unsur-unsur atau nilai yang baik dalam pembangunan masyarakat.
5. Menambah dan meningkatkan pengalaman pelajar yang boleh memberi unsur-unsur atau nilai yang baik dalam pembangunan masyarakat.
Satu perkara yang menjadi tunjang asas dalam sistem pendidikan adalah penggubalan kurikulum sekolah. Ishak Ramly (2005), menyatakan perubahan dan penggubalan kurikulum mampu untuk mempengaruhi dan memberi perubahan kepada
diri serta suasana pembelajaran murid. Sekiranya para penggubal dan tenaga
pendidik berpandangan positif pada perubahan kurikulum, jadi para pelajar
mendapat lebih banyak pengalaman dalam sistem pendidikan itu. Satu teori yang
telah diperkenalkan oleh James Macdonald yang mendefinisikan kurikulum sebagai sistem sosial iaitu teori
Macdonald. Lihat rajah berikut
Teori
Macdonald
Justeru,
sebelum sesuatu dasar atau tunjang pendidikan di sesebuah Negara digubal,
pihak-pihak yang berwajib perlu memastikan kurikulum yang akan dicipta tidak
akan meminggirkan unsur-unsur sosial yang bersesuaian dalam Negara tersebut. Di Negara kita Malaysia
misalnya, kerajaan telah banyak melakukan transformasi dalam kurikulum
pendidikan di Negara ini. Antara faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan
kurikulum adalah bagi menyesuaikan keperluan masyarakat yang berbilang kaum,
agama, dan ekonomi. Nilai-nilai murni turut diselitkan dalam kurikulum sekolah.
Kesemuanya ini bagi menjamin keharmonian dan kemajuan Negara. Falsafah
pendidikan Negara dan juga Falsafah Pendidikan Guru dicipta sebagai satu dasar
dan matlamat dalam pendidikan di Negara ini.
Manny pacquiao
ReplyDelete