PENGENALAN
Imam Syafie Rahimahumullah
(R) adalah seorang ulama besar yang tidak asing lagi dan amat terkenal di
kalangan umat Islam sejak dahulu hingga kini. Beliau termasuk dalam kalangan imam-imam mazhab yang
empat iaitu imam hanafi R., imam Malik R, imam Hanafi R. dan termasuklah
beliau. Umum mengetahui imam Syafie adalah imam yang paling popular di antara
imam besar yang lain. Beliau juga mempunyai ramai pengikut. Beliau menjadi
ulama yang unggul pada zamannya kerana fatwa-fatwa yang dikeluarkannya sesuai
dengan suasana masyarakat dan adat resam satu satu kaum di negeri
masing-masing.
Beza
imam Syafie antara imam-imam empat yg lain ialah beliau juga adalah seorang
sasterawan dan pembahas yang hebat. Beliau juga menjadi perintis kepada asas
Usul Fiqh yang belum pun dikenali sebelumnya.
Tidak
syak lagi bahawa imam Syafie r. adalah di antara ulama Mujtahidin yang
berpegang kuat pada Al-Quran, Hadis dan sumber hukum yang lain.
RIWAYAT HIDUP
Nama
sebenar imam Syafie Rahimahullah ialah Muhammad bin Idris bin al- Abbas bin
Uthman bin Syafi’ bin Assaib bin Ubaid bin Abd Yazid bin Hasyim bin Abdul
Muttalib bin Abd Manaf. Beliau dilahirkan di wilyah Gaza, Palestin, pada
zaman pemerintahan Abu Jaafar Al-Mansur menjadi Khalifah Di Baghdad, khalifah
Bani Abbasiyah yang kedua. Mengenai tahun kelahirannya, para ahli sejarah
sepakat bahwa beliau lahir pada tahun 150 Hijrah bersamaan767 Masihi. Beliau berketurunan
arab Quraisy. Di tahun ini juga wafatnya seorang ulama besar yang bernama Imam
Abu Hanifah R. Imam Syafie berketurunan arab Quraisy. Ibu bapa beliau berasal
dari Makkah Almukarramah. Kebanyakan tokoh sejarah menyatakan beliau mempunyai
nasab keturunan dari nabi Muhammad S.A.W. melalui moyang baginda S.A.W iaitu
Abd. Manaf.
Menurut
riwayat, bapa beliau telah pun meninggal dunia ketika beliau masih kecil iaitu
ketika berumur 2 tahun. Terdapat juga riwayat lain yang menyatakan ketika
beliau masih di dlam kandungan ibunya. Beliau telah dilahirkan di rumah kerabatnya di negeri Gaza,
Palestin. Menurut sebahagian riwayat, ibu beliau membawa beliau kembali ke
Mekah ketika berumur 10 tahun. Imam Syafie wafat di Mesir ketika berumur 54 tahun pada
tahun 204 Hijrah bersamaan 820 Masihi.
Carta alir salasilah keturunan Imam Syafie r.
Beliau
R. digelar As-Syafie sempena mengambil nama moyangnya yang ke empat iaitu Syafi’شافع) ) bin Assaib .(السائب) Selain itu, imam Syafie juga mempunyai
gelaran yang lain Antaranya ialah :
a. Al
-Imam Naasirus Sunnah - Imam Pembela Sunnah.
b. Al-Imam
Zayn Al-Fuqaha – Imam Hiasan Fuqaha
c. Sayyid
al-Fuqaha – penghulu fuqaha.
d. Taj
Al-Fuqaha – Mahkota Fuqaha.
e.
Anak Bapa Saudara Nabi/ Golongan Zawil Qurba.
SIFAT PERIBADI
Imam
Syafie seorang yang bertakwa, warak dan tidak cinta kepada dunia seperti beliau
cinta pada Allah dan rasul-Nya. Imam Syafie Rahimahumullah adalah seorang yang
mempunyai kuasa ingatan yang luar biasa dan cerdas akal fikiran. Buktinya
beliau telah menghafaz Al-Quran sebelum mencapai umur aqil baligh, iaitu ketika
beliau berumur 9 tahun. Selain itu beliau juga telah menghafaz kitab
Al-Muwatta’ ((الموطَّأ) karangan imam Malik
selama 9 hari sahaja. ketika beliau berumur 12 tahun. Selain itu, beliau juga
mampu mengeluarkan fatwa ketika berumur 15 tahun. Selain dari kelebihan diatas,
beliau juga mempunyai suara yang merdu sehingga ada pendengar yang mengalirkan air mata apabila
mendengar bacaan ayat Quran dari beliau. Pada seawal umur 13 tahun, beliau
terkenal sebagai sebagai seorang qari yang masyhur.
Beliau
juga menghafal banyak hadis dan tahu latar belakang sanadnya secara terperinci
sehingga ramai ulama yang mengkaji hadis terpaksa bergantung pada panduan dan
petunjuk beliau.
Imam Syafie juga seorang yang fasih bercakap. Beliau juga
seorang yang berakhlak mulia. Beliau seorang yang sentiasa menjaga adab dan
disiplin dalam menuntut ilmu.
PENDIDIKAN
Diriwayatkan
bahawa orang yang mendorong beliau terus menuntut ilmu ialah ibunya sendiri. Oleh
kerana beliau sangat meminati dan gigih dalam menuntut ilmu, beliau telah
membahagikan waktu malamnya kepada 3 bahagian, iaitu:
a. 1/3 malam untuk berehat.
b. 1/3 malam untuk
menulis ilmu pengetahuan
c. 1/3 malam untuk beribadah.
Imam Syafie juga seorang yang sangat berani menegakkan
kebenaran. Beliau akan menegur sesiapa sahaja jika didapatinya pendapat mereka
atau amalan mereka salah. Beliau pernah menegur para pengikut imam Malik yang
menghormati kopiah guru mereka secara berlebihan.
Disebabkan
beliau bukanlah tergolong dari kalangan keluarga yang kaya, maka kebanyakan
nota-nota pengajiannya ditulis menggunakan kertas-kertas yang terbuang dan
pelepah-pelepah tamar. Dalam suatu masa, bilik beliau menjadi sempit disebabkan
terlalu banyak kertas catatan ilmu yang dipelajari.
Imam syafie amat meminati dalam menuntut ilmu Al-quran,
fiqh, hadis, sejarah, bahasa arab dan kesusasteraan arab. Beliau telah
diserahkan untuk belajar dengan seorang guru di Mekah untuk mempelajari syair,
sastera dan sejarah. Beliau telah
mempelajari ilmu tersebut dengan ramai ulama. Ini menjadikan beliau seorang
yang mahir dan diakui kebolehannya dalam mencipta syair-syair yang mempunyai
bait yang amat indah.
Imam
Syafie bukan setakat belajar di Mekah, malah disebabkan minat yang mendalam
terhadap ilmu, beliau telah mengembara ke Madinah, Yaman, Iraq, Iran, dan
Palestin. Seperti imam-imam besar yang lain, beliau juga belajar dengan ramai
ulama kerana belajar daripada seorang atau dua orang ulama sahaja dianggapnya
belum mencukupi. Antara guru-gurubeliau ialah :
a. Imam
Muslim bin Khalid Al-Zinji, mufti Mekah.
b.
Imam Malik r., pengasas mazhab Maliki.
c.
Sufian bin Uyainah, ulama hadis yang terkenal.
d. Sayid bin
Al-Qudah.
e. Daud bin Abd. Rahman.
f. Al-Attar
g. Matraf bin Mazin.
h. Hisyam bin Yusuf.
i. Ibrahim bin Sa’ad Al-Ansari.
j. Abdul Aziz bin Muhammad Al-Darwadi
k. Ibrahim bin Yahya.
Imam
Syafie adalah seorang yang amat menghormati hadis. Beliau amat teliti dalam
memeriksa hadis yang diterimanya atau disampaikan orang kepadanya. Beliua hanya
menerima dan mengakui hadis yang diriwayatkan oleh orang-orang yang terjamin
kebenaran pertuturannya, taat menghayati ajaran agama, memahami apa yang
diriwayatkan, kuat ingatan dan mendengarnya langsung daripada orang yang
meriwayatkan. Selain itu, beliau juga mengambil kadah ijmak sebagai sumber
hukum seseudah hadis dengan beberapa syarat. Beliau menolak pendapat-pendapat
yang berdasarkan wahaman dalam masalah agama.