Teori
Perkembangan Kognitif Jean Piaget.
Jean Piaget terkenal dengan teori
kognitifnya yangamat berpengaruh
terhadap perkembangan konsep kecerdasan. Piaget menyatakan bahawa perkembangan
kognitif bukan hanya dari hasil kematangan organisma dan bukan pula pengaruh
lingkungan semata, tetapi hasil interaksi diantara keduanya. Jean Piaget
mengatakan bahawa anak dapat membangun secara aktif di dalam dunia kognitif
mereka sendiri. Dalam pandangan Piaget, terdapat dua proses yang menjadi dasar
perkembangan dunia individu, iaitu asimulasi dan akomodasi.
Menurut beliau, mengikut kebiasaan dua
proses untuk membuat adaptasi dengan pesekitaran iaitu :
-
Asimilasi iaitu proses memuatkan maklumat baru dalam struktur kognitif
sedia ada.
-
Proses ini berlaku sepanjang masa kerana kita sering memproses pelbagai
jenis maklumat dan pengalaman.
-
Contohnya seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji buah
oren. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang( skema
yang sedia ada) dan segaligus merasanya.melaluinya, kanak-kanak tersebut akan
mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan “ sebiji oren ”.
-
Skema bermaksud tingkah laku yang dikawal mengikut struktur mental.
-
Akodomasi berlaku apabila kita berdepan dengan maklumat atau pengalaman
atau pengalaman baru.
-
Biasanya, kita akan wujudkan skema baru untuk menempatkan maklumat atau
ataupun mengubahsuai skema sedia ada agar boleh memuatkan maklumat atau
pengalaman baru.
-
Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan
magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian
konsep terhadap magnet itu.
Peringkat-peringkat perkembangan kognitif
menurut Jean Piaget mempunyai empat peringkat iaitu :
Peringkat Sensorimotor
(Sejak Lahir hingga 2 Tahun ).
Pada peringkat ini, persepsi bayi adalah
melalui dunia.dalam usia ini, bayi cuba belajar mengkoordinasi daripada
derianya. Pada tahap ini juga, pengekalan objek (object permanence), iaitu
suatu pemahaman objek wujud walaupun objek tersebut tidak kelihatan di
depannya. Bayi hanya menyedari apa yang serta-merta di hadapan mereka. Mereka
memberi tumpuan kepada apa yang mereka lihat, apa yang mereka lakukan, dan
interaksi dengan persekitaran fizikal terdekat mereka.
Disebabkan
mereka belum tahu bagaimana perkara bertindak balas, mereka sentiasa
bereksperimen dengan aktiviti-aktiviti seperti berjabat atau membuang sesuatu,
meletakkan sesuatu ke dalam mulut mereka, dan belajar tentang dunia melalui
percubaan dan kesilapan. Peringkat akhir termasuk matlamat berorientasikan
tingkah laku yang membawa kepada hasil yang diingini. Perkembangan kognitif
bayi adalah cepat tetapi kebolehan mentalnya hanya terhad kepada objek-objek
yang boleh dilihatnya.
Antara usia 7 dan 9 bulan, bayi mula
menyedari bahawa objek wujud walaupun ia tidak lagi boleh dilihat. Ini
peristiwa penting yang dikenali sebagai
objek kekal. Ianya adalah tanda bahawa memori sedang membangun.
Peringkat Pra
Operasional (2-7 Tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah
mengenal symbol untuk mewakili pelbagai aspek persekitarannya. Contohnya,
mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Selain itu,
mereka juga tidak mempunyai konsep pengabdian (Ahmad Subki, Syed Ismail,2011)
iaitu merujuk kepada idea bahawa sesuatu kuantiti adalah sama walaupun telah berubah.terdapat
5 jenis pengabdian iaitu jisim, nombor, panjang, cecair, Luas.
Penggunaan bahasa mereka juga semakin
matang.Suppiah dan lain-lain (2012) menyatakan kanak-kanak mula menggunakan bahasa
dan memikir secara simbolik, tetapi kekal intuitif dan egosentrisme. Egosentrisme
ialah ketidakupayaan untukmembezakan antara perspektif seseorang dengan orang
lain. Pemikiran mereka adalah berdasarkan kepada gerak hati dan masih tidak
sepenuhnya logic (www.webmd.com,1.7.2015)
Walaupun
begitu, kanak-kanak pada usia sebigini berupaya membangunkan ingatan dan imaginasi
yang membolehkan mereka untuk memahami perbezaan antara masa lalu dan masa
depan, dan melibatkan diri dalam membina keparcayaan.
Peringkat Operasi
Konkrit (7-11 Tahun)
Kanak-kanak pada peringkat ini sudah boleh
mula berfikir secara logic. Mereka boleh menyelesaikan tugas berkaitan
pengabdian. Mereka sudah faham konsep pembalikan kerana walaupun objek diubah
kedudukan mereka faham bahawa tiada perubahan telah berlaku contohnya
kanak-kanak boleh menyelesaikan operasi tambah.
Pada perkembangan ini, kanak-kanak sudah
dapat berfikir secara logic tentang objek atau situasi yang konkrit, kategori
dan prinsip-prinsipnya.
Peringkat Operasi
Formal ( 11 Tahun Ke Atas )
Peringkat yang terakhir dalam teori perkembangan kognitif Piaget ialah apabila
operasi pemikiran formal dicapai. Pada tahap ini, kanak-kanak mula memikir
lebih kepada prinsip abstrak seperti demokrasi, pengiktirafandan
pemikiran.mereka mula keluar daripada berfikir secara konkrit dan contoh
spesifik yang dilakukan dalam tahap operasi konkrit. Menurut Christine Brain dan
Penny Mukherji (2005), di peringkat operasi formal, objek yang sebenar
(konkrit) tidak lagi diperlukan dan operasi mental boleh dilaksanakan ‘di
kepala’ menggunakan istilah abstrak.
Kanak –kanak dalam tahap ini juga
boleh berfikir tentang pemikiran mereka dan menjadi kurang egosentrik. Keupayaan
intelek dewasa (bentuk pemikiran kognitif yang berbeza-beza) adalah merupakan
misi utama dalam operasi formal ini. Inilah titik utama teori perkembangan
kognitif Jean Piaget.
Peringkat perkembangan kognitif Jean Piaget.
No comments:
Post a Comment