Thursday, 2 July 2015

Teori Perkembangan Kognitif Lee Vygotsky

Terdapat sedikit perbezaan antara teori Lee Vygotsky dengan Jean Piaget. Menurut Vygotsky, pemikiran bahasa dan proses penaakulan berkembang melalui interaksi sosial.Vigotsky lebih memberi penekanan kepada persekitaran kanak-kanak, terutamanya persekitaran sosial, lebih dari Piaget (Christine & Penny,2005). Biasanya murid-murid membina pengetahuan secara individu dan sosial. Pada pendapat beliau, guru harus menyediakan persekitaran yang kondusif bagi mereka mengkaji serta memanipulasi objek sedia ada.
Dalam teori beliau, Vygotsky menyatakan bahawa bahasa tutur dan pengaruh orang lain dalam dunia sosial kanak-kanak merupakan pengaruh penting dalam perkembangan kognitif mereka. Kanak-kanak akan mula berinteraksi dengan ahli keluarga terlebih dahulu sebelum mereka bergaul dengan masyarakat. Ibu bapa adalah orang pertama yang akan memberi mereka maklumat bahasa pertuturan dan cara berinteraksi. Oleh yang demikian ibu bapa perlu sentiasa berinteraksi dengan kanak-kanak sejak awal lagi supaya perkembangan mereka dapat dijana dari awal. Pakar-pakar perubatan juga menggalakkan ibu bapa bercakap-cakap dengan bayi mereka di dalam kandungan. Ini kerana kajian mendapat perkembbangan pemikiran anak-anak dapat dijana sejak dari dalam kandungan lagi.
            Setiap murid mempunyai latar belakang yang berbeza budaya, kebolehan, minat dan sebagainya sudah pasti pengalaman dan pengetahuan juga bebeza. Justeru amat penting bagi guru memainkan peranan sebagai fasilitator dalam proses pembinaan pembelajaran murid-murid.
Sehubungan dengan teori Vygotsky yang mengatakan bahawa bahasa tutur dan pengaruh orang lain dalam dunia sosial kanak-kanak merupakan pengaruh penting dalam perkembangan kognitif mereka, beliau telah mengemukakan empat konsep atau tema utama untuk menerangkan teorinya. Empat konsep tersebut adalah pendekatan sosio-budaya, zon perkembangan proksimal, bantuan perancah (scaffolding) dan perkembangan bahasa. Keempat-empat konsep tersebut diterangkan seperti yang berikut :
Pendekatan Sosio-Budaya.
Menurut Dr.Ragbir Kaur Joginder Singh (2012) Vygotsky telah memerhati dan mengkaji peranan budaya dan komunikasi interpersonal kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. Beliau berpendapat bahawa perkembangan pembelajaran berlaku dalam konteks sosial iaitu melalui persekitaran dunia kanak-kanak yang dikelilingi dengan orang dewasa yang berinteraksi dengan mereka sejak mereka dilahirkan.
Menurut Dr.Ragbir Kaur Joginder Singh (2012) lagi, melalui interaksi dengan orang dewasa di sekeliling mereka, kanak-kanak akan dapat menguasai tabiat dan peraturan budaya, gaya bahasa, penulisan serta simbol-simbol budaya.  Interaksi ini mendorong perkembangan kognitif mereka dengan memberi makna membina atau konstruk pengetahuan. Ini dapat dijelaskan apabila kanak-kanak banyak berinteraksi dengan orang sekeliling mereka, mereka akan dapat mengenali budaya mereka dengan mendalam. Sebagai contoh, kanak-kanak berbangsa Melayu mendapat pengetahuan tentang cara makan budaya Melayu dengan menggunakan tangan kerana mereka telah melihat perlakuan itu digayakan oleh ahli keluarga mereka. Mereka akan memahami keadaan itu dan menghormati budaya tersebut. Vygotsky menekankan peranan orang dewasa dan kanak-kanak dalam perkembangan seorang individu. Menurut Vygotsky kanak-kanak lahir dengan kemampuan untuk memahami dunia luar dan memusatkan perhatian terhadap sesuatu perkara. Namun demikian, mereka tidak banyak memiliki fungsi mental yang bertahap tinggi seperti kemahiran berfikir tinggi dan kemahiran menyelesaikan masalah. 
Menurut Vygotsky lagi fungsi-fungsi mental yang lebih tinggi ini dianggap sebagai alat-alat kebudayaan (cultural tools) yang ditunjukkan oleh kanak-kanak menerusi aktiviti seperti berbicara, berbahasa, dan menulis. Alat-alat kebudayaan ini diwarisi daripada ahli-ahli keluarga yang lebih tua di mana semua pengalaman pembelajaran dibimbing. Pengalaman dengan orang lain yang diperolehi melalui aktiviti-aktivitit ini secara beransur-ansur menjadi semakin mendalam dan membentuk gambaran batin kanak-kanak mengenai dunia.
Sebagai contoh, masyarakat Melayu amat mementingkan keharmonian kekeluarga di mana sikap tolong-menolong dan saling hormat menghormati antara ahli keluarga muda dengan yang lebih berumur ditonjolkan. Apabila kanak-kanak yang sedang membesar melihat bagaimana abangnya memanggil adik bongsu kepada ibunya dengan gelaran Pak Usu. Kanak-kanak tersebut secara tidak langsung memahami bahawa gelaran itu perlu dipanggil kepada adik bongsu ibunya akibat daripada penonjolan budaya Melayu yang mementingkan sikap hormat-menghormati dengan ahli keluarga yang lebih tua melalui panggilan yang betul.  
Secara keseluruhannya boleh dirangkumkan bahawa pendekatan sosio-budaya ialah hasil gabungan antara pendekatan behaviorisme dan pendekatan kognitivisme. Oleh itu, pendekatan ini mengambil kira penekanan ahli behaviorisme ke atas kesan atau hasil sesuatu tingkahlaku dan minat ahli kognitif ke atas impak hasil daripada kepercayaan serta harapan murid itu. Pendekatan ini boleh dikaitkan dengan teori efikasi kendiri dalam memotivasikan murid. Pendekatan ini juga mementingkan penglibatan manusia dalam aktiviti atau bertingkah laku agar dapat mengekalkan identiti dan hubungan interpersonal dalam suatu masyarakat.
Zon perkembangan Proksimal
Dalam teori perkembangannya. Vygotsky bercakap tentang Zon Perkembangan Proksimal, yang merujuk kepada kawasan di mana kanak-kanak boleh mencapai tugas-tugas tertentu dan dapat mencapai kebolehan kognitif tertentu tetapi hanya dengan bantuan sebaliknya. Zon perkembangan proksimal adalah kawasan di mana kanak-kanak dapat memahami atau melakukan sesuatu dengan bantuan tetapi tidak pada mereka sendiri, dan mereka hampir dapat melakukannya (Christine & Penny,2005).  Dalam kata lain, zon perkembangan proksimal merujuk kepada jarak antara perkembangan sebenar dan tahap perkembangan berpotensi.Terdapat dua tahap perkembangan murid-murid yang boleh dibahagikan iaitu :
-          Tahap perkembangan sebenar
-          Tahap perkembangan berpotensi
Dalam kata lain, zon perkembangan proksimal merujuk kepada jarak antara perkembangan sebenar dan tahap perkembangan berpotensi, ringkasnya boleh dikatakan rakan yang mempunyai lebih ilmu akan berkongsi pengetahuan dengan murid yang berkenaan bertujuan untuk merapatkan jurang antara apa yang dia ketahui dan apa yang belum diketahui. Apabila ilmu itu telah meningkat, maka perubahan terhadap Zon Perkembangan Proksimal telah berlaku dan bertambah luas. Bagi menggalakkan Zon Perkembangan Proksimal dalam pembelajaran, kita perlu menyediakan perancah (scaffolding).
Konsep Perancah (Scaffolding)
Merujuk kepada bimbingan yang diberikan oleh seseorang dewasa (guru) dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui soalan-soalan yang berfokus dan interaksi yang bersifat positif. Guru yang berperanan sebagai perancah hanya perlu memberi sokongan minimum yang penting sahaja bagi membolehkan murid tersebut Berjaya. Jika kemahiran tersebut telah pun dikuasai oleh murid, guru bolehlah “menghilangkan diri” atau berhenti dalam membantu. Penting juga agar kita berada satu langkah ke hadapan daripada murid-murid supaya mencabar mereka untuk berusaha mencapai ke tahap kebolehan yang melebihai tahap pada masa kini.

Perkembangan bahasa
Vygotsky percaya bahasa yang berkembang dari interaksi sosial, untuk tujuan komunikasi. Vygotsky dilihat bahasa sebagai alat besar manusia, satu cara untuk berkomunikasi dengan dunia luar. Menurut Vygotsky (1962) bahasa memainkan peranan 2 kritikal dalam perkembangan kognitif:
·         Ini adalah cara utama di mana orang dewasa menghantar maklumat kepada anak-anak.
·         Bahasa itu sendiri menjadi alat yang sangat kuat berasaskan penyesuaian intelek.
Menurut Vygotsky lagi, anak-anak menggunakan bahasa bukan hanya untuk komunikasi sosial, tetapi juga untuk merencanakan, dan memonitor perilaku dengan cara mereka sendiri yang dinamakan pembicaraan batin (inner speech). Kita sering memperhatikan bahawa anak-anak sering berbicara sendiri dan seolah-olah berbicara dengan orang lain. Menurut Vygotsky hal ini merupakan pembicaraan batin, tetapi menurut Piaget hal ini menunjukan bahwa anak tersebut belum dewasa.
Pola pembicaraan bantu (inner speech) merupakan transisi awal untuk lebih berkomunikasi sosial. Menurut Vygotsky bahawa bahasa merupakan bentuk dan asas bersosial. Menurut beberapa penelitian, inner speech yang diungkapkan oleh Vygotsky memang merupakan salah satu faktor perkembangan kanak-kanak. 


Teori Perkembangan Kognitif Lee Vygotsky








No comments:

Post a Comment