Friday, 26 September 2014

Definisi Sistem

Dari segi bahasa, Perkataan sistem asalnya diambil dari perkataan "systema" yang berasal dari bahasa Yunani. Di dalam buku Pokok-pokok Teori Sistem yang disusun oleh Tatang M. Amirin (2003) mendefinisikan sistem adalah seperti berikut:
                      i.        Suatu keseluruhan yang hubungan yang tersusun dari kesekian bahagian yang banyak.

                    ii.        Hubungan yang berlangsung di antara satu sama lain atau  komponen secara teratur.Istilah sistem juga dapat didefinisikan seperti berikut :
                      i.        Sebagai himpunan benda-benda yang saling bergantungan antara satu sama lain, misalnya hubungan antara platinum, karburetor, palam pencucuh dan minyak pada kenderaan bermotor.
                    ii.        Sistem yang menunjuk pada hubungan antara organ tubuh badan manusia, misalnya sistem saraf.
                   iii.        Sebagai himpunan unsur-unsur kebudayaan, iaitu himpunan gagasan (idea), perasaan, dan karsa (kehendak) yang terancang.
                   iv.        Sebagai cara atau metode tertentu yang biasanya digunakan dalam rangka memecahkan masalah tertentu yang berhubungan dengan pembuktian suatu hipotesis. Misalnya, kaedah penelitian dengan sistem temu bual.
                    v.        Mengandungi pengertian struktur, pengelompokkan dan sebagainya. Misalnya, pembahagian kerja dalam suatu organisasi.

Sistem secara umumnya bererti sekelompok bahagian-bahagian yang bekerjasama secara keseluruhan berdasarkan satu tujuan bersama. Di dalam sistem masing-masing mempunyai unsur yang berkaitan, saling bergantung dan saling berinteraksi atau satu kesatuan usaha dalam usaha untuk mencapai tujuan dalam lingkungan yang kompleks. Maka apa yang dapat disimpulkan disini ialah perkataan sistem ini digunakan oleh sekelian manusia bagi merujuk kepada satu percampuran kaedah, teknik, organisasi, atau proses bagi merealisasikan sesuatu yang diperlukan tanpa meninggalkan peranan masing-masing.


No comments:

Post a Comment