Monday 29 September 2014

Peranan Institusi Sekolah Dalam Membentuk Nilai-Nilai Yang Baik Dalam Diri Pelajar.

Nilai diertikan sebagai satu konsep yang dijadikan asas oleh masyarakat untuk melihat, mengukur atau membuat pilihan terhadap sesuatu perkara, darjat, mutu, kualiti dan taraf perilaku dan benda mengenai seseorang atau kelompok orang sebagai baik, berharga dan bernilai. Wan Mohd. Zahid(1988) dalam kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Nilai-Nilai Murni Merentas Kurikulum Dalam KBSM mentakrifkan nilai murni sebagai:


"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia”.

 Di sini cuba dihuraikan sejauh manakah institusi sekolah terutamanya di negara ini dapat membentuk nilai-nilai yang baik atau nilai-nilai murni dalam diri pelajar. Dalam sistem pendidikan di negara kita, penumpuan terhadap dasar pendidkan untuk melahirkan insan yang baik, menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek adalah jelas berdasarkan apa yang tersurat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Elemen akhlak, moral dan nilai-nilai murni menjadi salah satu unsur yang penting dalam memastikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini tercapai.

1. Pembentukan keperibadian melalui Kokurikulum.
        Penerapan nilai-nilai yang baik turut dimasukkan dalam aktiviti ko-kurikulum                 sekolah. Aktiviti ko-kurikulum secara tidak langsung mampu membina keyakinan               diri, keceriaan dan kematangan fikiran pada diri seseorang murid. Inilah adalah di             antara ciri-ciri keperibadian diri yang amat diperlukan oleh seseorang murid. Ciri-               ciri keperibadian ini menjadi tonggak kepada kecemerlangan dan juga sebagai                 penentu masa depan murid-murid.

                   Pendidikan abad ke- 21 ini memerlukan murid yang berfikiran kritis, kreatif dan               inovatif dalam mengisi wadah pendidikan Negara serta memenuhi keperluan tenaga             kerja yang produktif. Pembentukan keperibadian ini bukan hanya boleh berlaku                     sekelip mata tetapi memerlukan tempoh masa yang panjang dan bimbingan sejak di             bangku sekolah lagi. Aktiviti kokurikulum di sekolah adalah di antara aktiviti yang                   mampu memupuk dan membentuk keperibadian pelajar. Melalui kelab dan                           persatuan misalnya, murid dilatih untuk memegang beberapa jawatan penting yang               bertanggungjawab melaksanakan aktiviti yang dirancang. Etika bermesyuarat                       berbincang dan membuat keputusan adalah tertakluk kepada perlembagaan yang                 digubal.

                  Dalam hal ini murid sudah dilatih prinsip-prinsip asas yang akan diaplikasi                        sepenuhnya apabila mereka berada dalama dunia pekerjaan. Pendedahan                            seumpama ini mampu memantapkan kemahiran generik yang amat diperlukan oleh              seseorang pekerja yang berwawasan. Melalui badan beruniform banyak perkara                  yang menyentuh soal disiplin didedahkan. Kepekaan terhadap masa, keperihatinan              terhadap rakan-rakan tanpa mementingkan diri sendiri adalah antara nilai-nilai                      murni yang sentiasa diamalkan dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

                    Pengurusan masa yang baik, kemahiran berkomunikasi dan membuat                             persembahan adalah antara kemahiran yang diperlukan dalam sistem                                   pembelajaran. Seseorang murid yang pendiam, tidak suka bergaul dengan rakan                 serta hanya mementingkan diri sendiri akan terperangkap apabila mereka berada                 dalam situasi pembelajaran di insitutsi pengajian tinggi nanti juga apabila mereka                 mengalami Susana pekerjaan kelak.. Pada masa yang lalu jumlah A yang mereka                 perolehi di sekolah dahulu tidak lagi menjadi ukuran tetapi kemahiran mereka                       menyampaikan sesuatu tugasan projek, permaufakatan dalam kumpulan,                             kemahiran mencari maklumat dan kemahiran berfikir dan berhujah adalah                             sebahagian daripada penilaian yang dibuat ke atas mereka. Murid yang cemerlang               ialah murid yang mampu mengimbangi dirinya dengan pengetahuan dan                               kemahiran ke arah pembentukan keperibadian diri.

 2. Sekolah sebagai tempat pendidikan displin diri.
            Kerajaan melihat bahawa intitusi pendidikan tidak terlepas dengan persoalan             displin pelajar malah teras displin banyak diprakttikkan dalam pendidikan.  Maka               wujudlah jawatankuasa displin di sekolah dan juga unit bimbingan dan  kunseling.             Penubuhan unit bimbingan dan kaunseling. Ini dilihat sedikit sebanyak dapat                     membantu murid-murid dalam menghadapi konflik dalam kehidupan seharian                   mereka. Selain itu, sekolah juga menyediakan satu unit yang dikenali                                 Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) bagi memberikan nasihat kepada pelajar-                     pelajar yang memerlukan pertolongan mereka..PRS ditubuhkan kerana pelajar                 yang menghadapi masalah segan hendak berbincang dengan guru mereka,                     malahan suka sekiranya mereka ditolong oleh rakan sebaya. Masalah-masalah                 yang diungkit dibincangkan dengan guru-guru kaunseling bagi mendapatkan                     bimbingan penyelesaian masalah yang dihadapi seseorang pelajar. Dengan ini                 pelajar dapat ‘melarikan’ diri mereka dari masalah disiplin seterusnya                                 menambahkan keyakinan dalam diri pelajar untuk menghadapi cabaran hidup                   dan seterusnya membantu mengurangkan masalah sosial di kalangan kanak-                   kanak dan remaja di dalam negara. 
               Di sekolah juga diwujudkan peraturan –peraturan yang perlu dipatuhi oleh               murid-murid. Contohnya, pas keluar, denda, hukuman rotan, ‘spot –check’, surat               amaran ponteng sekolah, surat tunjuk sebab tidak hadir ke sekolah dan lain- lain.             Tindakan ini mampu menghindarkan seseorang pelajar itu tidak berani                               mengulangi kesalahan tersebut seterusnya mendidik dan memupuk sifat                           tanggungjawab dan mengubah tingkah laku kepada yang lebih baik dalam diri                   pelajar. Sekolah juga diberi peluang untuk merangka jalan-jalan penyelesaian                   bagi menangani masalah displin di sekolah. Perbincangan lanjut dan kerjasama               antara pihak sekolah dengan pihak terbabit dapat ditangani dengan bijak.                         Contohnya, kerjasama dengan pihak polis bagi membanteras gejala                                   gangsterisme  di sekolah. Juga menyumbang kepada usaha   membanteras jenayah dalam kehidupan bermasyarakat. Di sekolah, semua guru               disarankan untuk menyumbangkan masa dan tenaga dalam usaha meningkatkan             tahap displin pelajar di sekolah. Di sekolah juga turut diadakan kempen-kempen               kesedaran kepada para pelajar tentang masalah sosial seperti bahaya dadah,                   bahaya merokok, budaya buli, dan lain-lain yang berkenaan.

             Mizan Adiliah (2001) menyatakan melalui disiplin, nilai-nilai murni dapat                     dipupuk kepada murid. Displin juga menjadikan seseorang murid itu akan dapat               didedahkan kepada nilai-nilai moral seperti tanggungjawab, tolong-menolong,                   ketekunan, kerjasama, tidak angkuh dan lain-lain. Maka, dapatlah dikatakan di                 sini bahawa peranan istitusi sekolah dalam  membentuk displin diri kepada                       seseorang pelajar itu tidak boleh dinafikan seterusnya menjadikan warganegara               yang berguna serta mampu mengharungi cabaran-cabaran kehidupan kelak                     dengan baik.
 3. Sekolah membentuk budaya kepimpinan dan demokrasi.
 Di sekolah juga terdapatnya sistem organisasi-organisasi kecil yang melibatkan guru dan pelajar. Mengikut kenyataan Deal yang ditulis dalam buku tulisan Yahya bin Don, Aziah Ismail, dan Yaakob Daud (2007), sekolah-sekolah yang berkesan mempunyai budaya erat yang meletakkan kepimpinan sekolah sebagai hero dan heroin sekolah.Kepimpinan sekolah dianggap model terbaik untuk dicontohi. Antara ciri-ciri budaya erat adalah seperti berikut :
i.              Cara keputusan dibuat. Berkongsi nilai-nilai dan consensus dalam melaksanakan aktiviti sekolah.
ii.           Percaya kepada unsur rohani bagi murid yang mahu Berjaya. Upacara-upacara yang melambangkan kepercayaan-kepercayaan seperti bacaan Yasin.
iii.           Upacara-upacara signifikan seperti penyampaian anugerah cemerlang, mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru, Sambutan Maulidur Rasul dan lain-lain. Ini bertujuan meraikan dan memindahkan nilai-nilai teras kepada murid-murid.
v.            Kesatuan. Penyertaan yang menyeluruh dalam upacara-upacara sekolah.
            Sekiranya guru-guru dan warga sekolah bekerjasama dan memberikan komitmen yang tinggi dalam menjadikan sekolah itu sebagai institusi yang berkesan dalam membentuk keperibadian kepimpinan dan demokrasi, maka hasrat tersebut pasti dapat dicapai. Maka disitu akan lahirlah murid-murid yang cemerlang dan dinamik dalam pelbagai aspek seterusnya menjadikan seseorang murid itu sebagai pemimpin yang baik kelak.


1 comment: