Friday 26 September 2014

Peranan Sekolah Sebagai Satu Sistem Sosial Dalam Masyarakat

Kemunculan sekolah adalah atas kehendak dan fitrah manusia itu sendiri. Dalam mewujudkan keberhasilan keinginan atau kehendak sesebuah masyarakat dalam sistem persekolahan, pelbagai usaha dilakukan oleh pihak-pihak yang berkenaan bagi menjadikan sekolah itu sebagai satu institusi yang memberi peranan yang penting dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang seimbang dari pelbagai segi termasuklah keharmonian dalam sesebuah Negara. mari kita lihat antara peranan sekolah kepada sistem sosial dan masyarakat.
1. Mengajar dan melatih murid berinteraksi atau berhubungan sesama                       manusia dengan baik. 
        Peranan sekolah bukanlah sahaja untuk menjadikan seseorang itu berlimu          pengetahuan, bahkan ianya membawa skop yang lebih luas lagi. Salah satunya          adalah menjadikan sesebuah masyarakat itu hidup dalam hubungan yang baik          antara satu sama lain. Bagja Waluya (2007) pula menyatakan pendidikan pada          hakikatnya adalah proses menemukan identiti seseorang.,Pendapat-pendapat ini        amat sesuai jika kita melihat dalam proses perkembangan sosial anak-anak di            sekolah.

2. Menambah pengetahuan dan meningkatkan kemahiran murid dalam                     sistem sosial  masyarakat.

         Di dalam sistem persekolahan, terdapatnya kelas. Dari perspektif sosiologi,       kelas merupakan sebahagian dari mikrososiologi yang menelaah atau mengkaji         kehidupan kelompok sosial di sekolah dengan keseluruhan dinamika atau                  pembaharuan yang terjadi di dalamnya. Ishak Ramly (2005), berpendapat,                  sekolah    adalah sistem sosial yang mempunyai pelbagai strata manusia dengan       tugasan tersendiri. Ruang kelas merupakan kelompok-kelompok kecil dari                   kelompok kehidupan yang lebih besar iaitu masyarakat.
        Di situ seorang murid akan bertemu dengan individu-individu lain yang               mempunyai latar belakang yang berbeza. Disinilah seorang murid akan belajar          berkomunikasi dan berinteraksi sesama mereka. Maka, seterusnya akan lahirlah        gabungan dari individu-individu yang membentuk suatu kelompok sosial yang            teratur dan memiliki fungsi dan peranan yang kompleks dalam kacamata                      pendidikan. 
3. Mengenalkan dan melatih murid dengan sistem birokrasi.
   Di dalam kelas juga terdapat juga organisasi kecil yang telah ditetapkan              dalam sesebuah sekolah seperti ketua darjah, penolong ketua darjah, setiausaha,      bendahari, jadual bertugas dan sebagainya. Ini secara tidak langsung akan                lahirnya pelbagai ‘jabatan’ yang terbentuk secara hieraki sesuai dengan tugas dan      bidang kuasa mereka di dalam kelas. Maka dapatlah dilihat disini, murid-murid            telah pun diajar dalam membentuk satu sistem birokrasi yang akan mereka                gunakan apabila bercampur dengan masyarakat suatu hari nanti.
4. Mewujudkan insan yang mampu berkomunikasi dengan fleksibel.
   Satu perkara lagi yang menjadikan sekolah itu sebagai sebuah sistem sosial       yang penting adalah komunikasi. Komunikasi adalah saluran yang penting dalam      pendidikan kerana dengan interaksi komunikasilah, bahan-bahan pelajaran serta        maklumat dapat disampaikan. Aktiviti berkomunikasi di sekolah disampaikan              dalam pelbagai cara sama ada melalui guru atau murid. Di sini secara tidak                langsung, murid dapat mempelajari cara-cara berkomunikasi antara rakan-rakan,        guru-guru, dan orang sekelilingnya yang datang dari pelbagai status sosial,               ekonomi, kepercayaan dan lain-lain. Di sekolah juga, seseorang murid itu dapat         mempelajari cara-cara menghadapi dan menyelesaikan konflik yang berlaku               sesama mereka.

5. Menambah dan meningkatkan pengalaman pelajar yang boleh memberi unsur-unsur atau nilai yang baik dalam pembangunan  masyarakat.
 Satu perkara yang menjadi tunjang asas dalam sistem pendidikan adalah            penggubalan kurikulum sekolah. Ishak Ramly (2005), menyatakan perubahan dan      penggubalan kurikulum mampu untuk mempengaruhi dan memberi perubahan          kepada diri serta suasana pembelajaran murid. Sekiranya para penggubal dan            tenaga pendidik berpandangan positif pada perubahan kurikulum, jadi para                pelajar mendapat lebih banyak pengalaman dalam sistem pendidikan itu. Satu            teori yang telah diperkenalkan oleh James Macdonald yang mendefinisikan                kurikulum sebagai sistem sosial iaitu teori Macdonald. Lihat rajah berikut
 
             Teori Macdonald

  Justeru, sebelum sesuatu dasar atau tunjang pendidikan di sesebuah Negara digubal, pihak-pihak yang berwajib perlu memastikan kurikulum yang akan dicipta tidak akan meminggirkan unsur-unsur sosial yang bersesuaian  dalam Negara tersebut. Di Negara kita Malaysia misalnya, kerajaan telah banyak melakukan transformasi dalam kurikulum pendidikan di Negara ini. Antara faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan kurikulum adalah bagi menyesuaikan keperluan masyarakat yang berbilang kaum, agama, dan ekonomi. Nilai-nilai murni turut diselitkan dalam kurikulum sekolah. Kesemuanya ini bagi menjamin keharmonian dan kemajuan Negara. Falsafah pendidikan Negara dan juga Falsafah Pendidikan Guru dicipta sebagai satu dasar dan matlamat dalam pendidikan di Negara ini.

     

1 comment: