Thursday 18 December 2014

RIWAYAT HIDUP IMAM SYAFIE SECARA RINGKAS

PENGENALAN

Imam Syafie Rahimahumullah (R) adalah seorang ulama besar yang tidak asing lagi dan amat terkenal di kalangan umat Islam sejak dahulu hingga kini. Beliau  termasuk dalam kalangan imam-imam mazhab yang empat iaitu imam hanafi R., imam Malik R, imam Hanafi R. dan termasuklah beliau. Umum mengetahui imam Syafie adalah imam yang paling popular di antara imam besar yang lain. Beliau juga mempunyai ramai pengikut. Beliau menjadi ulama yang unggul pada zamannya kerana fatwa-fatwa yang dikeluarkannya sesuai dengan suasana masyarakat dan adat resam satu satu kaum di negeri masing-masing.
Beza imam Syafie antara imam-imam empat yg lain ialah beliau juga adalah seorang sasterawan dan pembahas yang hebat. Beliau juga menjadi perintis kepada asas Usul Fiqh yang belum pun dikenali sebelumnya.
Tidak syak lagi bahawa imam Syafie r. adalah di antara ulama Mujtahidin yang berpegang kuat pada Al-Quran, Hadis dan sumber hukum yang lain.


 RIWAYAT HIDUP

Nama sebenar imam Syafie Rahimahullah ialah Muhammad bin Idris bin al- Abbas bin Uthman bin Syafi’ bin Assaib bin Ubaid bin Abd Yazid bin Hasyim bin Abdul Muttalib bin Abd Manaf. Beliau dilahirkan di wilyah Gaza, Palestin, pada zaman pemerintahan Abu Jaafar Al-Mansur menjadi Khalifah Di Baghdad, khalifah Bani Abbasiyah yang kedua. Mengenai tahun kelahirannya, para ahli sejarah sepakat bahwa beliau lahir pada tahun 150 Hijrah bersamaan767 Masihi. Beliau berketurunan arab Quraisy. Di tahun ini juga wafatnya seorang ulama besar yang bernama Imam Abu Hanifah R. Imam Syafie berketurunan arab Quraisy. Ibu bapa beliau berasal dari Makkah Almukarramah. Kebanyakan tokoh sejarah menyatakan beliau mempunyai nasab keturunan dari nabi Muhammad S.A.W. melalui moyang baginda S.A.W iaitu Abd. Manaf.

Menurut riwayat, bapa beliau telah pun meninggal dunia ketika beliau masih kecil iaitu ketika berumur 2 tahun. Terdapat juga riwayat lain yang menyatakan ketika beliau masih di dlam kandungan ibunya. Beliau telah  dilahirkan di rumah kerabatnya di negeri Gaza, Palestin. Menurut sebahagian riwayat, ibu beliau membawa beliau kembali ke Mekah ketika berumur 10 tahun. Imam Syafie  wafat di Mesir ketika berumur 54 tahun pada tahun 204 Hijrah bersamaan 820 Masihi.


Carta alir salasilah keturunan Imam Syafie r.

Beliau R. digelar As-Syafie sempena mengambil nama moyangnya yang ke empat iaitu Syafiشافع) ) bin Assaib .(السائب) Selain itu, imam Syafie juga mempunyai gelaran yang lain Antaranya ialah :

a. Al -Imam Naasirus Sunnah - Imam Pembela Sunnah.
b. Al-Imam Zayn Al-Fuqaha – Imam Hiasan Fuqaha  
c. Sayyid al-Fuqaha – penghulu fuqaha.
d. Taj Al-Fuqaha – Mahkota Fuqaha.
e. Anak Bapa Saudara Nabi/ Golongan Zawil Qurba.

SIFAT PERIBADI

Imam Syafie seorang yang bertakwa, warak dan tidak cinta kepada dunia seperti beliau cinta pada Allah dan rasul-Nya. Imam Syafie Rahimahumullah adalah seorang yang mempunyai kuasa ingatan yang luar biasa dan cerdas akal fikiran. Buktinya beliau telah menghafaz Al-Quran sebelum mencapai umur aqil baligh, iaitu ketika beliau berumur 9 tahun. Selain itu beliau juga telah menghafaz kitab Al-Muwatta’ ((الموطَّأ) karangan imam Malik selama 9 hari sahaja. ketika beliau berumur 12 tahun. Selain itu, beliau juga mampu mengeluarkan fatwa ketika berumur 15 tahun. Selain dari kelebihan diatas, beliau juga mempunyai suara yang merdu sehingga ada  pendengar yang mengalirkan air mata apabila mendengar bacaan ayat Quran dari beliau. Pada seawal umur 13 tahun, beliau terkenal sebagai sebagai seorang qari yang masyhur.
Beliau juga menghafal banyak hadis dan tahu latar belakang sanadnya secara terperinci sehingga ramai ulama yang mengkaji hadis terpaksa bergantung pada panduan dan petunjuk beliau.
            Imam Syafie juga seorang yang fasih bercakap. Beliau juga seorang yang berakhlak mulia. Beliau seorang yang sentiasa menjaga adab dan disiplin dalam menuntut ilmu.

PENDIDIKAN

            Diriwayatkan bahawa orang yang mendorong beliau terus menuntut ilmu ialah ibunya sendiri. Oleh kerana beliau sangat meminati dan gigih dalam menuntut ilmu, beliau telah membahagikan waktu malamnya kepada 3 bahagian, iaitu:
            a. 1/3 malam untuk berehat.
            b. 1/3 malam untuk  menulis ilmu pengetahuan
            c. 1/3 malam untuk beribadah.

            Imam Syafie juga seorang yang sangat berani menegakkan kebenaran. Beliau akan menegur sesiapa sahaja jika didapatinya pendapat mereka atau amalan mereka salah. Beliau pernah menegur para pengikut imam Malik yang menghormati kopiah guru mereka secara berlebihan.
Disebabkan beliau bukanlah tergolong dari kalangan keluarga yang kaya, maka kebanyakan nota-nota pengajiannya ditulis menggunakan kertas-kertas yang terbuang dan pelepah-pelepah tamar. Dalam suatu masa, bilik beliau menjadi sempit disebabkan terlalu banyak kertas catatan ilmu yang dipelajari.
            Imam syafie amat meminati dalam menuntut ilmu Al-quran, fiqh, hadis, sejarah, bahasa arab dan kesusasteraan arab. Beliau telah diserahkan untuk belajar dengan seorang guru di Mekah untuk mempelajari syair, sastera dan sejarah.  Beliau telah mempelajari ilmu tersebut dengan ramai ulama. Ini menjadikan beliau seorang yang mahir dan diakui kebolehannya dalam mencipta syair-syair yang mempunyai bait yang amat indah.
Imam Syafie bukan setakat belajar di Mekah, malah disebabkan minat yang mendalam terhadap ilmu, beliau telah mengembara ke Madinah, Yaman, Iraq, Iran, dan Palestin. Seperti imam-imam besar yang lain, beliau juga belajar dengan ramai ulama kerana belajar daripada seorang atau dua orang ulama sahaja dianggapnya belum mencukupi. Antara guru-gurubeliau ialah :
a. Imam Muslim bin Khalid Al-Zinji, mufti Mekah.
b. Imam Malik r., pengasas mazhab Maliki.
c. Sufian bin Uyainah, ulama hadis yang terkenal.
            d.  Sayid bin Al-Qudah.
            e. Daud bin Abd. Rahman.
            f. Al-Attar
            g. Matraf bin Mazin.
            h. Hisyam bin Yusuf.
            i. Ibrahim bin Sa’ad Al-Ansari.
            j. Abdul Aziz bin Muhammad Al-Darwadi
            k. Ibrahim bin Yahya.

Imam Syafie adalah seorang yang amat menghormati hadis. Beliau amat teliti dalam memeriksa hadis yang diterimanya atau disampaikan orang kepadanya. Beliua hanya menerima dan mengakui hadis yang diriwayatkan oleh orang-orang yang terjamin kebenaran pertuturannya, taat menghayati ajaran agama, memahami apa yang diriwayatkan, kuat ingatan dan mendengarnya langsung daripada orang yang meriwayatkan. Selain itu, beliau juga mengambil kadah ijmak sebagai sumber hukum seseudah hadis dengan beberapa syarat. Beliau menolak pendapat-pendapat yang berdasarkan wahaman dalam masalah agama. 

Thursday 16 October 2014

Pembentukan Persekitaran Pembelajaran Yang Kondusif.

Terdapat beberapa panduan yang boleh dipraktikkan oleh guru dalam usaha  mereka bentuk pengajaran pembelajaran yang kondusif, antaranya adalah seperti berikut :

Pelaksanaan Strategi Dari Aspek Pedagogi. 

Guru perlu melaksanakan strategi berpusatkan tugasan. Melalui  strategi ini guru perlu menerangkan penyediaan tugas-tugas yang akan dilakukan oleh murid. Guru boleh menyediakan kemahiran pada diri murid sebaik-baik sahaja mereka menunjukkan kesediaan menerima pelajan. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam aspek pedagogi. Antaranya kemahiran menyoal, menggunakan kaedah papan kapur atau ‘white board’, penggunaan Bahan Bantu Mengajar, alat bantu mengajar dan lain-lain.

Kesan Psikologi Penentu Kejayaan Pedagogi.

Kebiasaannya murid akan lebih berminat dalam mengambil bahagian  dalam pembelajaran sekiranya mereka diterima dan dilayan dengan baik oleh guru dan rakan-rakan sekelasnya. Oleh itu amatlah penting bagi guru mematuhi keperluan-keperluan psikososial murid-murid yang diajar. Aspek psikososial yang dimaksudkan merangkumi  empat elemen iaitu nada suara, budi bahasa, tingkah laku yang sesuai dan suasana yang harmoni.

Penguasaan Aspek Komunikasi.

Komponen komunikasi yang sangat penting adalah melibatkan kemahiran lisan yang positif. Guru harus menunjukkan reaksi senyuman, anggukan kepala, menepuk tangan, mengangkat ibu jari ketika mengajar dan mendampingi murid seperti berdiri di sebelah  murid dengan menyentuh kepala atau bahu dan bahagian belakang badan yang tidak menyalahi etika dan nilai moral untuk memberi kesan yang mendalam kepada mesej yang disampaikan dalam komunikasi berkenaan.

Penutup Pengajaran Yang Berkesan.

Kemahiran penutup harus diamalkan sebelum menamatkan pengajaran dan pembelajaran. ini melibatkan aspek kemahiran menamatkanproses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menggunakan bahagian ini untuk membantu murid mengukuhkan konsep atau strategi yang baru sahaja dipelajari dengan merumuskan semua isi penting atau memberikan aktiviti susulan kepada mereka.


                Pembentukan pembelajaran yang kondusif juga banyak bergantung kepada  susunan perabot dan susun atur kedudukan murid di adalm bilik darjah. Berikut adalah beberapa contoh susun atur bilik darjah yang boleh digunakan untuk membentuk persekitaran pembelajaran yang kondusif. Antaranya adalah seperti berikut :


 Susunan Gaya Bersemuka



Susunan gaya Auditorium




Menguruskan Bilik Darjah Yang Berkesan


Antara prasyarat yang paling utama bagi menjamin satu proses  pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah melalui aspek pengurusan bilik darjah.  Muhammad Suhaimi taat dalam artikelnya (2012) menulis setinggi mana pun ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang guru, akan menjadi sia-sia sekiranya tidak mampu untuk mengurus bilik darjah dengan baik. Menurut  seorang tokoh, Anderson,  mengatakan pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah terdiri daripada tingkah laku yang menghasilkan penglibatan pelajar yang maksimum dalam aktiviti pembelajaran, meminimumkan tingkah laku pelajar yang mengganggu tugas guru dan pelajar lain dan penggunaan masa pembelajaran yang efesien. Guru yang berhasrat untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif perlu menggunakan strategi  mengajar yang mewakili satu pendekatan yang kompleks dalam pengajaran. Pengajaran yang berkesan bergantung kepada pengurusan bilik darjah yang cekap dan terpimpin (Sabri Ahmad dan Tengku Azwawi, 2006).
Kondusif bermaksud sesuai, baik dan sebagainya untuk membantu, mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu (Kamus Dewan edisi keempat).  Maka bolehlah dikatakan, seorang guru harus mencambahkan idea yang kreatif  serta menambah kemahiran yang pelbagai  dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang mampu menarik perhatian murid untuk belajar.

  Aspek Pengurusan Bilik Darjah Yang Berkesan.

  Pengurusan bilik darjah yang berkesan sebenarnya melibatkan aspek-
  aspek seperti rajah berikut :



Untuk menjadikan bilik darjah lebih kondusif, berkesan dan dapat   diurus dengan cekap, guru hendaklah mempunyai sifat seorang pengurus yang baik seperti tegas, demokratik, pengasih dan prihatin. Sebagai pengurus yang baik, tugas gurubukan hanya tertumpu kepada proses pengajaran semata-mata tanpa mengambil kira iklim dan persekitaran serta masalah-masalah semasa pelajar tetapi juga berusaha untuk mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif, sihat dan positif untuk menggalakkan pembelajaran.

         Iklim yang kondusif bermaksud iklim yang harmonis dan sesuai. Ianya berkaitan dengan pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik darjah. Faktor fizikal dan faktor psikososial perlu diambil kira dalam membentu iklim yang kondusif di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Iklim dalam bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid dan guru dalam bilik darjah tersebut.
Sama ada sedar atau tidak, gaya kepimpinan guru dalam mengurus bilik darjah akan memberi kesan kepada iklim dan suasana persekitaran bilik darjah. Pengurusan yang berkesan akan memfokuskan kepada aspek-aspek seperti kemajuan pelajaran, interaksi dan penglibatan pelajar yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk memastikan segala objektif dan matlamat yang ingin dicapai menjadi kenyataan, seorang guru hendaklah mengetahui dan memahami prinsip-prinsip pengurusan bilik darjah. Prinsip-prinsip ini adalah gabungan daripada sikap guru, rutin dan peraturan, iklim bilik darjah dan aspek pengurusan yang mengutamakan pengajaran dan pembelajaran. prinsip-prinsip tersebut adalah :

i. Menjaga hubungan yang baik antara guru dengan pelajar. Oleh kerana pelajar dan guru berada dalam bilik darjah yang sama dan berkongsi matlamat yang sama, maka kedua-dua pihak perlulah bekerjasama. Hubungan yang baik perlu diwujudkan agar guru dapat menyayangi pelajar sebagai individu yang memerlukan bimbingan, tunjuk ajar, dan pertolongan. Seterusnya pelajar pula perlulah menghormati guru sebagai individu yang akan membantu dan memberikan pandangan atau panduan.
ii. Kepercayaan dan sikap optimis guru.  Guru sebagai pengurus perlu yakin dan percaya akan keupayaan mengendalikan kelasnya. Pelajar akan memberikan kerjasama dan bantuan sekiranya guru memperlihatkan kesungguhannya dalam menjalankan tugasannya. Justeru keikhlasan dan kegigihan guru adalah diharapkan agar pelajar dapat merasakan bahawa guru betul –betul menginginkan suasana bilik darjah yang merangsang proses pengajaran dan pembelajaran.

iii. Bersikap adil dan positif kepada semua pelajar. untuk mendapatkan kerjasama daripada pelajar termasuk daripada pelajar yang selalu bermasalah, guru seharusnya bersikap positif kepada semua pelajar. pelajar yang bermasalah perlu diberikan perhatian yang lebih, bukannya disisihkan. Tunjukkan kepada mereka bahawa sikap mereka yang tidak digemari, bukannya diri mereka. Biasanya apabila mereka sedar bahawa guru mengambil berat tentang mereka, mereka akan lebih bersifat terbuka, mudah berkongsi masalah dan sedia mengubah perlakuan mereka yang negatif. Bagi seorang guru, mencegah perlakuan adalah lebih baik daripada mengambil tindakan untuk merawat atau memperbaikinya (Muhammad Suhaimi Taat, 2012). Sikap proaktif guru dalam mewujudkan suasana yang kondusif di bilik darjah akan berupaya menghalang perlakuan devian pelajarnya. Devian secara umum bermaksud lencongan atau menyimpang dari norma-norma masyarakat (Abdullah Sani bin Yahaya, 2004).







Peranan Guru Sebagai Pengurus bilik darjah.

Menurut Ee Ah Meng (2001), peranan guru adalah begitu rumit. Peranan guru di dalam darjah adalah amat meluas. Secara ringkasnya Guru sebagai seorang pengurus bilik darjah berperanan atau bertanggungjawab untuk memberikan panduan dan galakan kepada anak-anak didiknya, menjadi pengajar atau pakar mata pelajaran, menetukan peraturan dan rutin di dalam bilik darjah, memberikan contoh teladan yang baik (role model) kepada murid dan juga menjadi pengawal disiplin serta agen pengubah tingkah laku murid-murid.

         Selain itu, guru juga berperanan sebagai kerani iaitu menyelia kerja-kerja pengurusan murid-murid di dalam bilik darjah. Guru juga berperanan sebagai kaunselor kepada murid-muridnya. Guru perlu bersedia untuk mendengar dan berkongsi masalah yang diutarakan oleh murid. Di sekolah, guru adalah pengganti kepada ibu bapa anak muridnya. Guru juga perlu mewujudkan hubungan yang baik antara ibu bapa dan masyarakat. Ini penting kerana dengan terbinanya hubungan yang baik antara ibu bapa dan guru, secara tidak langsung seorang guru itu dapat lebih memahami akan keadaan kendiri murid tersebut bagi memudahkan seseorang guru itu dapat menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai kepada muridnya. Seterusnya, guru juga berperanan sebagai penghubung kepada masyarakat setempat.

    Di dalam bilik darjah , Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah adalah berdasarkan kepada elemen – elemen berdasarkan rajah berikut :


















Guru Sebagai Perancang. 

Kejayaan guru sebagai pergajar bergantung kepada perancangan    
mengajarnya. Di dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, elemen-elemen berikut perlulah dilaksanakan iaitu  berdasarkan kepada rajah berikut :















Guru perlu merancang pembelajarannya secara sistematik sebelum   memasuki ke bilik darjah. Perancangan pembelajaran yang dibuat oleh guru perlu menimbangkan tentang objektif pelajaran, isi pengajaran, bahan-bahan pembelajaran dan pengurusan kemudahan. Kemahiran merancang merupakan prasyarat untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi menjamin kejayaan bagi proses tersebut. 
        Objektif pelajaran haruslah ditentukan semasa membuat perancangan pembelajaran. Penentuan objektif pelajaran haruslah berdasarkan kepada sasaran sukatan pelajaran, pengetahuan sedia ada murid dan kebolehan mereka. Objektif pelajaran biasanya disediakan berdasarkan prinsip bertingkah laku, iaitu perubahan tingkah laku murid dapat dikesan secara eksplisit selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah selesai dijalankan. Pemilihan isi pelajaran yang telah dipilih untuk disampaikan hendaklah boleh membantu murid- murid mencapai objektif pelajaran mereka.

        Pemilhan strategi dan kaedah megajar pula berkait rapat dengan pencapaian objektif pelajaran. Strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai membolehkan guru merancang isi pelajaran secara sistematik dan menarik, memastikan murid-murid mencapai objektif pelajaran yang dikehendaki. Aktiviti merancang pengajaran jaga meliputi usaha memilih dan menyediakan bahan-bahan pelajaran untuk digunakan oleh guru atau murid-muridnya. Dengan adanya bahan-bahan pengajaran ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi menarik , lebih bermakna dan lebih berkesan.

        Kerja merancang pengajaran pula meliputi pengurusan kemudahan. Kemudahan dalam bilik darjah, misalnya menyusun kerusi-meja dalam bentuk yang sesuai dengan strategi dan kaedah mengajar dalam sesuatu pelajaran. Nordin Tahir (IPIP, 2014) menggariskan beberapa ciri kemahiran merancang seperti berikut :
i. Pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran eksplinsit yg ditentu berdasarkan sukatan pelajaran  serta kebolehan murid-murid.
ii. Isi pelajaran dalam rancangan mengajar disusun dari mudah ke kompleks, bermakna, relevan dan menarik.
iii. Rancangan mengajar  harus memasukkan penggunaan  Alat Bantu Mengajar (ABM).
iv. Utamakan pendekatan berpusatkan murid.
v. Rancangan mengajar harus disusun mengikut langkah yang lengkap.
vi. Strategi / kaedah mengajar harus dapat meningkatkan keberkesanan  proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

           Perlakuan mengajar guru dalam segala proses perancangan adalah penting dari segi pencapaian objektif pelajaran yang ditentukan. Sekiranya perancangan guru adalah sesuai dan sistematik, ia akan melicinkan proses dan aktiviti  pengajaran dan pembelajaran yang positif justerunya mencapai objektif pelajaran yang diharapkan.


Guru Sebagai Pengelola.

Tujuan utama mengajar ialah wujudkan aktiviti pembelajaran. Sebagai pengelola pembelajaran, tugas guru adalah mempersiapkan, melaksanakan dan mengevolusi perjalanan proses pembelajaran (Mulyana A.Z, 2010). Ini bermakna, Keberkesanan pengajaran bergantung kepada kebolehan menggunakan kemahiran mengajar yang dinamik  dan memudahkan aktiviti pembelajaran.
Guru perlu menggunakan aktiviti pengajaran yang boleh merangsang dan menggalakkan murid-murid untuk belajar. Terdapat dua fungsi utama pengajran iaitu merangsang pembelajaran dan mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan. Rajah berikut menunjukkan proses tugas seorang pengajar yang mampu merangsang dalam diri murid untuk belajar.
           



       
Dapat dilihat di sini bahawa dalam bilik darjah tugas pengajar   adalah membekalkan motivasi untuk merangsang,  menimbulkan dan mengerakkan murid untuk pelajar. Terdapat elemen pengurusan mengelola dengan pelbagai aktiviti pengurusan bilik darjah. Elemen-elemen tersebut adalah :
i. Mengurus rutin bilik darjah.
ii. Mengurus aktiviti murid-murid.
iii. Mengurus bahan pelajaran.
iv. Mengurus disiplin bilik darjah
v. Mengurus aktiviti kumpulan
vi. Mengurus keadaan fizikal dan kemudahan
vii. Mengurus aktiviti penilaian.
       Guru berperanan mengurus  rutin bilik darjah.  Rutin membawa maksud pekerjaan atau cara melakukan sesuatu yang telah menjadi kelaziman dan tidak berubah (Kamus Dewan Edisi Keempat). Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2013) pula menyatakan rutin di bilik darjah ialah prosedur atau langkah-langkah yang mesti diikuti oleh murid dalam aktviti yang spesifik mereka di dalam bilik darjah. Guru perlu memastikan rutin ini dipatuhi oleh murid. Rutin yang sistematik akan mewujudkan bilik darjah yang kondusif, semangat kekitaan, menjimatkan masa, memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dan tenaga guru.
  
 Terdapat beberapa jenis rutin iaitu :
i. Rutin Kelas (bukan akademik). Seorang guru perlu mewujudkan persekitaran fizikal bilik darjah yang kondusif dan membuat beberapa peraturan dan prosedur asas bilik darjah untuk memudahkan proses pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.  Pengurusan peraturan dan kebersihan bilik darjah juga bertujuan untuk mengurangkan masalah disiplin dan memastikan bilik darjah berada dalam suasana yang kondusif. Contohnya  ialah jadual bertugas harian, beratur sebelum masuk ke kelas, memberikan salam atau ucapan selamat kepada guru apabila guru masuk ke kelas, membaca doa sebelum mula belajar dan sebelum pulang dan lain-lain.
ii. Rutin Pentadbiran. Adalah penting bagi seorang guru mengurus pentadbiran bilik darjah secara berkesan kerana ini akan membantu murid-murid belajar dalam suasana yang selesa dan tenteram. Ini dapat menjimatkan masa dan tenaga guru serta murid. Ini boleh memberi  manfaat kepada pembelajaran murid.  Murid akan lebih berasa selamat dan berdisiplin. Contoh rutin pentadbiran ialah mengambil kehadiran murid, memungut yuran (seperti yuran peperiksaan, derma PIBG), menyediakan laporan kemajuan murid dan rekod kesihatan murid.

iii. Rutin Pergerakan Murid. Murid perlu tahu prosedur pergerakan dari satu aktiviti atau bilik darjah kepada yang lain.  Contohnya kebanyakan sekolah memerlukan murid untuk beratur sebelum pergi ke makmal sains dan komputer, bengkel kemahiran hidup dan Sains Rumahtangga.  Ini bertujuan untuk melatih murid agar lebih berdisiplin sewaktu bergerak ke makmal atau mengikuti aktiviti luar. Antara contoh rutin pergerakan murid ialah ialah  murid bergerak dar  aktiviti dalam ke aktiviti luar, aktiviti kelas kepada aktiviti kumpulan dan kelas ke makmal komputer.

iv. Rutin Pengurusan Tugasan. Rutin jenis ini termasuklah persediaan guru terhadap tugasan, aktiviti sumber pengajaran dan pembelajaran dan membina pusat aktiviti. Untuk memastikan kelicinan dalam mengimplementasikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memberitahu murid tentang hasil pembelajaran yang diharapkan, apa yang perlu mereka lakukan dan cara mereka mengetahui pencapaian hasil pembelajaran mereka.  Guru juga perlu memantau aktiviti bilik darjah dan menilai pencapaian murid.

v. Rutin Pembelajaran. Rutin jenis ini berlaku dalam pada setiap hari dan ini membantu menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Prosedur yang betul sewaktu menjalankan rutin adalah penting dan murid harus melibatkan diri secara langsung di mana perlu.  Contoh rutin pembelajaran ialah  memungut buku latihan, menanda latihan, mengagihkan sumber dan buku.

vi. Rutin Interaksi. Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah menekankan aktiviti yang berfokuskan murid.  Interaksi seperti interaksi murid-murid dan guru-murid adalah digalakkan.  Murid perlu tahu prosedur bertanya atau menjawab, perkara yang diharapkan semasa berada di pusat pembelajaran semasa menjalankan perbincangan dan aktiviti bilik darjah yang lain. Contoh rutin interaksi ialah Perbincangan kelas dan kumpulan kecil, membuat ujikaji makmal, aktiviti kumpulan seperti main peranan dan projek.

Guru Sebagai Pengarah. 

   Seorang guru perlu mempunyai kemahiran untuk mengarah murid.  Guru perlu berupaya untuk mengarah murid menjawab soalan, mengarahkan murid untuk mendengar, membaca, menulis & mengira dan membentuk kumpulan. Ahmad Subki Miskon dan Syed Ismail Syed Mustafa (2011). Guru juga perlu mewujudkan kemampuan untuk menguruskan tugasan harian bilik darjah agar dipatuhi oleh murid seperti yang telah ditetapkan. Selain itu, guru juga perlu memastikan perjalanan aktiviti pembelajaran yang baik. Guru juga perlu memastikan murid-murid supaya mematuhi peraturan, disiplin bilik darjah dan sebagainya.  Menurut Mulyana A.Z (2010), guru juga adalah sebagai pengarah pembelajaran (Director Of Learning). Ini bermaksud, guru sebagai pendamping pembelajaran bagi murid-murid sangat penting agar potensi murid-murid dapat dikembangkan dengan sebaik-baiknya.

Guru Sebagai Pengawal.

   Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus mewujudkan suasana sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yg baik dan keadaan kelas yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mewujudkan suasana & keadaan yang membolehkan murid-murid mengikut pelajaran tanpa sebarang gangguan begitu juga dalam mempersembahkan pengajaran, guru hendaklah dapat mengawal gerak –geri mereka. 




Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pengurusan Bilik Darjah.

Terdapat 2 faktor yang perlu diambil kira oleh guru bagi menguruskan bilik   darjah dengan baik dan kondusif. Antara faktor-faktornya adalah seperti berikut :

1. Faktor fizikal.

Faktor pertama yang mempengaruhi suasana bilik darjah   adalah persekitaran fizikal. Susun atur meja dan kerusi sebaik-bainya dalm keadaan yang kemas( Abdullah Sani Yahya,2004). Begitu juga dengan peralatan yang lain kerana ini akan membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran serta mengekalkan disiplin murid-murid dalam bilik darjah.

       Suasana di bilik darjah  yang dihiasi dan diatur kemas dengan pelbagai  carta, gambar dan alat bantu mengajar, saiz bilik yang selesa turut membantu kepada murid-murid unruk menjalankan pelbagai aktiviti kumpulan atau permainan. Tingkap dan pintu yang mencukupi untuk pencahayaan dan pengedaran udara dengan baik serta eadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah. Sebagai rumusan, suasana fizikal bilik darjah yang kemas dan bersih boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

2. Faktor psikososial. 

Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Ia merujuk kepada faktor-faktor yang melibatkan fisiologi dan emosi murid (James Ang Jit Eng, 2013). Faktor yang memberikan kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang diwujudkan guru di dalam bilik darjah.


Konsep Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Lemlech (1998) mendefinisikan pengurusan bilk darjah ialah pengorkestraan kehidupan dalam bilik darjah iaitu merancang kurikulum, mengorganisasi prosedur dan sumber, menyusun atur persekitaran untuk memaksimumkan kecekapan, memantau kemajuan pelajar, dan menjangka kemungkinan masalah. Shulman menyatakan pendapatnya dalam buku tulisan Rossie Turner dan Bisset (2009) bahawa pengurusan dan penyusunan bilik darjah adalah menjadi pedagogi am mengatasi mata pelajaran.

      Seorang guru perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif dan mengurus disiplin murid secara berkesan. Selain mengajar, guru juga berperanan sebagai pengurus iaitu mengurus rutin bilk darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun kerusi-meja, mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan, dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan. Susunan bilik darjah mampu untuk mengawal pembelajaran, perhubungan guru dengan murid dan membina keseronokan berkerjasama (Nordin Tahir,IPIP).

Maimunah Binti Mohd Rodyi dan Zainizam Bin Mat Yatim (2014) menyatakan terdapat pendidik yang mendefinisikan pengurusan bilik darjah mengikut pendekatan  pengurusan bilik darjah itu sendiri iaitu :















  1. Pendekatan Autorian. Pendekatan ini merupakan satu proses mengawal tigkah laku pelajar. Guru berperanan untuk memastikan murid-murid mematuhi dan mengikuti peraturan-peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan. Pendekatan ini amat menekankan kepada disiplin pelajar. 
  2. Permisif. Pendekatan ini bebeza dengan autorian. Guru berperanan memaksimumkan pembebasan pergerakan pelajar. Ini kerana jika murid terlalu dikawal, ianya akan menyekat perkembangan semulajadi mereka. Guru memaksimumkan set aktiviti kebebasan pelajar.
  3. Modifikasi tingkah laku pelajar. Pendekatan ini bermaksud mengubah tingkah laku pelajar daripada tingkah laku yang positif kepada tingkah laku yang positif. Pengurusan bilik darjah adalah satu set aktiviti yang menggalakkan tingkah laku yang positif. Contohnya jadual tugas harian yang disediakan  dapat memupuk sikap tanggungjawab dan mendisiplinkan murid. Secara tak langsung murid akan melibatkan diri secara aktif mengikut jadual yang ditetapkan.
  4. Menggalakkan Persekitaran Pembelajaran yang Positive.Dalam pendekatan ini, hubungan antara guru dan pelajar amat dititikberatkan. Set aktiviti yang wujud adalah guru mewujudkan persekitaran yang membentuk hubungan dan persekitaran bilik darjah yang positif. Bilik darjah adalah sebagai satu sistem sosial. Pengajaran dijalankan dalam konteks berkumpulan dan individu. Guru berperanan merangsang pembentukan tingkah laku dan juga menjaga sistem organisasi bilik darjah.








Wednesday 8 October 2014

1.2 Definisi Pembelajaran.

Crow dan Crow mendefinisikan pembelajaran sebagai satu perolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Ini melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja, dan melibatkan percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru. Ia merupakan satu proses perubahan tingkah lakunya dengan berkesan kepada permintaan yang dibuat terhadapnya. Ia juga membolehkan individu memenuhi minat atau mencapai matlamat. Wilson, Robeck dan Micheal (1974) mendefinisikan pembelajaran kepada dua seperti berikut :
i.    Pembelajaran ialah hasil daripada usaha sesuatu organisma untuk memenuhi keperluannya. Ini terdiri daripada perubahan-perubahan di dalam sistem saraf semasa organisma itu melakukan sesuatu unutk menghasilkan keputusan atau kesimpulan.
ii.   Pembelajaran adalah suatu perubahan saraf akibat organisma melakukan pelbagai tindakan dalam kehidupannya.
E.R Hilgard R.C Atkinson dan R.L Atkinson (1987) medefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku yang kekal hasil daripada pengalaman. Pembelajaran hanya akan bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang ada dan ianya akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai dan akan berakhir apabila dapat mengubah, membentuk dan mengekalkan tingkah laku yang dikehendaki.

Mok Soon Sang (2009) menyatakan konsep pembelajaran dikategorikan berlandaskan teori-teori pembelajaran masa kini dan diklafikasikan kepada empat mazhab iaitu behavioris, kognitif, sosial dan humanis. Terdapat sedikit perbezaan antara pendapat-pendapat empat mazhab ini seperti berikut : 

Kesimpulan pada keseluruhannya, pembelajaran adalah :
                       i.       Satu proses yang menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal setelah melalui latihan dan peneguhan.
                      ii.       Berlaku apabila rangsangan diproses oleh otak seseorang individu 
     untuk menjadi pengalaman.
                    iii.       Berlaku apabila seseorang individu telah berjaya mengaitkan   pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada padanya.
                    iv.       Membawa makna satu proses memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai.

Tuesday 7 October 2014

Konsep Pengajaran dan Pengajaran

Shahabuddin bin Hashim, Rohizani binti Yaakub & Mohd Zohir bin Ahmad (2007) mengambarkan konsep pengajaran dan pembelajaran seperti rajah berikut :

Rajah 1.1 Konsep Pengajaran dan pembelajaran


1.1 Definisi Pengajaran.
Mengikut Kamus Dewan, pengajaran dapat didefinisikan sebagai perihal mengajar dan segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang dipeningkan dan juga ia meliputi segala sesuatu cara atau perbuatan yang diajarkan. Menurut Ahmad Subki MIskon &Syed Ismail Syed Mustafa (2011), pengajaran secara ringkasnya  bermaksds satu proses untuk menyampai dan menyumbang idea- idea serta memudah cara pembinaan ilmu, menentukan st ndard dan menggalakkan aktiviti, membantu seorang murid untuk belajar dan mencabar murid ke arah pencapaian potensi optimum. Kamarudin Hj, Husin dalam penyataannya yang ditulis oleh  Mahani Razali, Ramlah Jantan & Shahabuddin Hashim (2006) mengatakan pengajaran adalah satu proses pengendalian urusan agi membolehkan ppelajar mengetahui atau menyempurnakan sesuatu yang mereka tidak dapat lakukan sendiri sebelum itu. Pengajaran meliputi perkara-perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian, dengan tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada para pelajar dengan cara yang berkesan (Mok Soon Sang, 2002).
Maka dapatlah dirumuskan di sini bahawa pengajaran adalah aktiviti-aktiviti yang bematlamat  yang dilakukan oleh pengajar atau guru secara sengaja dan disedari bagi membantu pengajaran.Pengajaran dalam konteks masa kini boleh ditafsirkan sebagai berikut :
1.1.1 Pengajaran sebagai suatu proses. Perkara ini dilihat dalam konteks 
               pendidikan formal yang boleh dihuraikan sebagai suatu proses yang          
               berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya  
               murid-murid dapat mempelajari dan menguasainya dengan berkesan.
               Mengikut  Konsep Thomas F.Green, tujuan mengajar boleh dilihat                
               seperti  berikut :        



Rajah 1.1.1(1) Konsep pengajaran Thomas F. Green
        Mengikut Thomas lagi, antara lapan konsep yang berkaitan         
                   dengan pengajaran iaitu ugutan, ancaman fizikal, indoktrinasi,
                   mempropaganda dan hanya latihan, pelaziman dan mengajar boleh 
                   digolongkan dalam kawasan kecerdasan akal dan berkait rapat dengan 
                   konsep pengajaran.
       Untuk mencapai tujuan pengajaran tersebut dengan berkesan, 
    proses pengajaran harus dilaksanakan secara sistematik mengikuti
    langkah-langkah yang sesuai seperti rajah berikut :
                  Rajah1.1.1(2) Proses Pengajaran yang berkesan

1.1.2  Pengajaran sebagai suatu bidang komunikasi. Pengajaran merupakan
proses komunikasi kerana pengajaran meliputi aktiviti perhubungan dan  
interaksi di antara guru dan murid. Pendidikan pada hari ini, bentuk  
komunikasi telah ditukar kepada interaksi dua hala berbanding pada   
waktu dahulu iaitu :


Rajah 1.1.2(1) Bentuk komunikasi dua hala
      Bentuk komunikasi dua hala ini membolehkan murid bertanya guru  
      semasa guru sedang mengajar apabila menghadapi masalah  
      pembelajaran.
1.1.3  Pengajaran sebagai suatu bidang sains. Pengajaran merupakan satu aktiviti yang bersifat saintifik kerana pengajaran yang berkesan hanya boleh berlaku atas penggunaan prinsin-prinsip dan kaedah mengajar yang telah dikaji dan diuji oleh pakar-pakar pendidik. Segala aktiviti dalam pengajaran dilakukan hasil dari kajian atas psikologi perkembangan murid dari segi intelek dan emosi mereka.
1.1.4 Pengajaran sebagai suatu bidang seni. ini kerana pengajaran juga melibatkan emosi, nilai dan tingkah laku manusia. Teori-teori pengajaran dan pembelajaran hanya berguna apabila teori itu boleh diaplikasikan kepada sekumpulan murid secara keseluruhan sahaja dan bukan kepada setiap individu. Ini kerana setiap individu mempunyai potensi intelek, emosi,rohani, dan jasmani yang berbeza. Ini bermakna guru perlu mempunyai bakat dan seni mengajar, iaitu boleh mengubahsuai model dan teori pengajaran-pembelajaran sesuai dengan kebolehan murid-murid yang berbeza-beza.