Thursday 16 October 2014

Konsep Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Lemlech (1998) mendefinisikan pengurusan bilk darjah ialah pengorkestraan kehidupan dalam bilik darjah iaitu merancang kurikulum, mengorganisasi prosedur dan sumber, menyusun atur persekitaran untuk memaksimumkan kecekapan, memantau kemajuan pelajar, dan menjangka kemungkinan masalah. Shulman menyatakan pendapatnya dalam buku tulisan Rossie Turner dan Bisset (2009) bahawa pengurusan dan penyusunan bilik darjah adalah menjadi pedagogi am mengatasi mata pelajaran.

      Seorang guru perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif dan mengurus disiplin murid secara berkesan. Selain mengajar, guru juga berperanan sebagai pengurus iaitu mengurus rutin bilk darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun kerusi-meja, mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan, dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan. Susunan bilik darjah mampu untuk mengawal pembelajaran, perhubungan guru dengan murid dan membina keseronokan berkerjasama (Nordin Tahir,IPIP).

Maimunah Binti Mohd Rodyi dan Zainizam Bin Mat Yatim (2014) menyatakan terdapat pendidik yang mendefinisikan pengurusan bilik darjah mengikut pendekatan  pengurusan bilik darjah itu sendiri iaitu :















  1. Pendekatan Autorian. Pendekatan ini merupakan satu proses mengawal tigkah laku pelajar. Guru berperanan untuk memastikan murid-murid mematuhi dan mengikuti peraturan-peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan. Pendekatan ini amat menekankan kepada disiplin pelajar. 
  2. Permisif. Pendekatan ini bebeza dengan autorian. Guru berperanan memaksimumkan pembebasan pergerakan pelajar. Ini kerana jika murid terlalu dikawal, ianya akan menyekat perkembangan semulajadi mereka. Guru memaksimumkan set aktiviti kebebasan pelajar.
  3. Modifikasi tingkah laku pelajar. Pendekatan ini bermaksud mengubah tingkah laku pelajar daripada tingkah laku yang positif kepada tingkah laku yang positif. Pengurusan bilik darjah adalah satu set aktiviti yang menggalakkan tingkah laku yang positif. Contohnya jadual tugas harian yang disediakan  dapat memupuk sikap tanggungjawab dan mendisiplinkan murid. Secara tak langsung murid akan melibatkan diri secara aktif mengikut jadual yang ditetapkan.
  4. Menggalakkan Persekitaran Pembelajaran yang Positive.Dalam pendekatan ini, hubungan antara guru dan pelajar amat dititikberatkan. Set aktiviti yang wujud adalah guru mewujudkan persekitaran yang membentuk hubungan dan persekitaran bilik darjah yang positif. Bilik darjah adalah sebagai satu sistem sosial. Pengajaran dijalankan dalam konteks berkumpulan dan individu. Guru berperanan merangsang pembentukan tingkah laku dan juga menjaga sistem organisasi bilik darjah.








No comments:

Post a Comment