Thursday 16 October 2014

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pengurusan Bilik Darjah.

Terdapat 2 faktor yang perlu diambil kira oleh guru bagi menguruskan bilik   darjah dengan baik dan kondusif. Antara faktor-faktornya adalah seperti berikut :

1. Faktor fizikal.

Faktor pertama yang mempengaruhi suasana bilik darjah   adalah persekitaran fizikal. Susun atur meja dan kerusi sebaik-bainya dalm keadaan yang kemas( Abdullah Sani Yahya,2004). Begitu juga dengan peralatan yang lain kerana ini akan membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran serta mengekalkan disiplin murid-murid dalam bilik darjah.

       Suasana di bilik darjah  yang dihiasi dan diatur kemas dengan pelbagai  carta, gambar dan alat bantu mengajar, saiz bilik yang selesa turut membantu kepada murid-murid unruk menjalankan pelbagai aktiviti kumpulan atau permainan. Tingkap dan pintu yang mencukupi untuk pencahayaan dan pengedaran udara dengan baik serta eadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah. Sebagai rumusan, suasana fizikal bilik darjah yang kemas dan bersih boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

2. Faktor psikososial. 

Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Ia merujuk kepada faktor-faktor yang melibatkan fisiologi dan emosi murid (James Ang Jit Eng, 2013). Faktor yang memberikan kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang diwujudkan guru di dalam bilik darjah.


No comments:

Post a Comment