Wednesday 8 October 2014

1.2 Definisi Pembelajaran.

Crow dan Crow mendefinisikan pembelajaran sebagai satu perolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Ini melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja, dan melibatkan percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru. Ia merupakan satu proses perubahan tingkah lakunya dengan berkesan kepada permintaan yang dibuat terhadapnya. Ia juga membolehkan individu memenuhi minat atau mencapai matlamat. Wilson, Robeck dan Micheal (1974) mendefinisikan pembelajaran kepada dua seperti berikut :
i.    Pembelajaran ialah hasil daripada usaha sesuatu organisma untuk memenuhi keperluannya. Ini terdiri daripada perubahan-perubahan di dalam sistem saraf semasa organisma itu melakukan sesuatu unutk menghasilkan keputusan atau kesimpulan.
ii.   Pembelajaran adalah suatu perubahan saraf akibat organisma melakukan pelbagai tindakan dalam kehidupannya.
E.R Hilgard R.C Atkinson dan R.L Atkinson (1987) medefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku yang kekal hasil daripada pengalaman. Pembelajaran hanya akan bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang ada dan ianya akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai dan akan berakhir apabila dapat mengubah, membentuk dan mengekalkan tingkah laku yang dikehendaki.

Mok Soon Sang (2009) menyatakan konsep pembelajaran dikategorikan berlandaskan teori-teori pembelajaran masa kini dan diklafikasikan kepada empat mazhab iaitu behavioris, kognitif, sosial dan humanis. Terdapat sedikit perbezaan antara pendapat-pendapat empat mazhab ini seperti berikut : 

Kesimpulan pada keseluruhannya, pembelajaran adalah :
                       i.       Satu proses yang menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal setelah melalui latihan dan peneguhan.
                      ii.       Berlaku apabila rangsangan diproses oleh otak seseorang individu 
     untuk menjadi pengalaman.
                    iii.       Berlaku apabila seseorang individu telah berjaya mengaitkan   pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada padanya.
                    iv.       Membawa makna satu proses memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai.

No comments:

Post a Comment