Thursday 16 October 2014

Menguruskan Bilik Darjah Yang Berkesan


Antara prasyarat yang paling utama bagi menjamin satu proses  pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah melalui aspek pengurusan bilik darjah.  Muhammad Suhaimi taat dalam artikelnya (2012) menulis setinggi mana pun ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang guru, akan menjadi sia-sia sekiranya tidak mampu untuk mengurus bilik darjah dengan baik. Menurut  seorang tokoh, Anderson,  mengatakan pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah terdiri daripada tingkah laku yang menghasilkan penglibatan pelajar yang maksimum dalam aktiviti pembelajaran, meminimumkan tingkah laku pelajar yang mengganggu tugas guru dan pelajar lain dan penggunaan masa pembelajaran yang efesien. Guru yang berhasrat untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif perlu menggunakan strategi  mengajar yang mewakili satu pendekatan yang kompleks dalam pengajaran. Pengajaran yang berkesan bergantung kepada pengurusan bilik darjah yang cekap dan terpimpin (Sabri Ahmad dan Tengku Azwawi, 2006).
Kondusif bermaksud sesuai, baik dan sebagainya untuk membantu, mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu (Kamus Dewan edisi keempat).  Maka bolehlah dikatakan, seorang guru harus mencambahkan idea yang kreatif  serta menambah kemahiran yang pelbagai  dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang mampu menarik perhatian murid untuk belajar.

  Aspek Pengurusan Bilik Darjah Yang Berkesan.

  Pengurusan bilik darjah yang berkesan sebenarnya melibatkan aspek-
  aspek seperti rajah berikut :



Untuk menjadikan bilik darjah lebih kondusif, berkesan dan dapat   diurus dengan cekap, guru hendaklah mempunyai sifat seorang pengurus yang baik seperti tegas, demokratik, pengasih dan prihatin. Sebagai pengurus yang baik, tugas gurubukan hanya tertumpu kepada proses pengajaran semata-mata tanpa mengambil kira iklim dan persekitaran serta masalah-masalah semasa pelajar tetapi juga berusaha untuk mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif, sihat dan positif untuk menggalakkan pembelajaran.

         Iklim yang kondusif bermaksud iklim yang harmonis dan sesuai. Ianya berkaitan dengan pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik darjah. Faktor fizikal dan faktor psikososial perlu diambil kira dalam membentu iklim yang kondusif di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Iklim dalam bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid dan guru dalam bilik darjah tersebut.
Sama ada sedar atau tidak, gaya kepimpinan guru dalam mengurus bilik darjah akan memberi kesan kepada iklim dan suasana persekitaran bilik darjah. Pengurusan yang berkesan akan memfokuskan kepada aspek-aspek seperti kemajuan pelajaran, interaksi dan penglibatan pelajar yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk memastikan segala objektif dan matlamat yang ingin dicapai menjadi kenyataan, seorang guru hendaklah mengetahui dan memahami prinsip-prinsip pengurusan bilik darjah. Prinsip-prinsip ini adalah gabungan daripada sikap guru, rutin dan peraturan, iklim bilik darjah dan aspek pengurusan yang mengutamakan pengajaran dan pembelajaran. prinsip-prinsip tersebut adalah :

i. Menjaga hubungan yang baik antara guru dengan pelajar. Oleh kerana pelajar dan guru berada dalam bilik darjah yang sama dan berkongsi matlamat yang sama, maka kedua-dua pihak perlulah bekerjasama. Hubungan yang baik perlu diwujudkan agar guru dapat menyayangi pelajar sebagai individu yang memerlukan bimbingan, tunjuk ajar, dan pertolongan. Seterusnya pelajar pula perlulah menghormati guru sebagai individu yang akan membantu dan memberikan pandangan atau panduan.
ii. Kepercayaan dan sikap optimis guru.  Guru sebagai pengurus perlu yakin dan percaya akan keupayaan mengendalikan kelasnya. Pelajar akan memberikan kerjasama dan bantuan sekiranya guru memperlihatkan kesungguhannya dalam menjalankan tugasannya. Justeru keikhlasan dan kegigihan guru adalah diharapkan agar pelajar dapat merasakan bahawa guru betul –betul menginginkan suasana bilik darjah yang merangsang proses pengajaran dan pembelajaran.

iii. Bersikap adil dan positif kepada semua pelajar. untuk mendapatkan kerjasama daripada pelajar termasuk daripada pelajar yang selalu bermasalah, guru seharusnya bersikap positif kepada semua pelajar. pelajar yang bermasalah perlu diberikan perhatian yang lebih, bukannya disisihkan. Tunjukkan kepada mereka bahawa sikap mereka yang tidak digemari, bukannya diri mereka. Biasanya apabila mereka sedar bahawa guru mengambil berat tentang mereka, mereka akan lebih bersifat terbuka, mudah berkongsi masalah dan sedia mengubah perlakuan mereka yang negatif. Bagi seorang guru, mencegah perlakuan adalah lebih baik daripada mengambil tindakan untuk merawat atau memperbaikinya (Muhammad Suhaimi Taat, 2012). Sikap proaktif guru dalam mewujudkan suasana yang kondusif di bilik darjah akan berupaya menghalang perlakuan devian pelajarnya. Devian secara umum bermaksud lencongan atau menyimpang dari norma-norma masyarakat (Abdullah Sani bin Yahaya, 2004).







No comments:

Post a Comment