Crow dan Crow mendefinisikan pembelajaran sebagai satu
perolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Ini melibatkan cara baru membuat
sesuatu kerja, dan melibatkan percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau
untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru. Ia merupakan satu proses perubahan
tingkah lakunya dengan berkesan kepada permintaan yang dibuat terhadapnya. Ia
juga membolehkan individu memenuhi minat atau mencapai matlamat. Wilson, Robeck
dan Micheal (1974) mendefinisikan pembelajaran kepada dua seperti berikut :
i. Pembelajaran ialah hasil daripada usaha sesuatu organisma
untuk memenuhi keperluannya. Ini terdiri daripada perubahan-perubahan di dalam
sistem saraf semasa organisma itu melakukan sesuatu unutk menghasilkan
keputusan atau kesimpulan.
ii. Pembelajaran adalah suatu perubahan saraf akibat organisma
melakukan pelbagai tindakan dalam kehidupannya.
E.R Hilgard R.C Atkinson dan R.L Atkinson (1987)
medefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku yang kekal hasil
daripada pengalaman. Pembelajaran hanya akan bermula apabila wujudnya tindak
balas terhadap sesuatu rangsangan yang ada dan ianya akan diteruskan jika
terdapat motivasi yang sesuai dan akan berakhir apabila dapat mengubah,
membentuk dan mengekalkan tingkah laku yang dikehendaki.
Mok Soon Sang (2009) menyatakan konsep pembelajaran
dikategorikan berlandaskan teori-teori pembelajaran masa kini dan
diklafikasikan kepada empat mazhab iaitu behavioris, kognitif, sosial
dan humanis. Terdapat sedikit perbezaan antara pendapat-pendapat empat
mazhab ini seperti berikut :
Kesimpulan pada
keseluruhannya, pembelajaran adalah :
i.
Satu proses yang
menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal setelah melalui latihan dan
peneguhan.
ii.
Berlaku apabila
rangsangan diproses oleh otak seseorang individu
untuk
menjadi pengalaman.
iii.
Berlaku apabila
seseorang individu telah berjaya mengaitkan
pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada padanya.
iv.
Membawa makna satu
proses memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai.
No comments:
Post a Comment