1. Faktor fizikal.
Faktor pertama yang mempengaruhi suasana bilik darjah adalah persekitaran fizikal. Susun atur meja dan kerusi sebaik-bainya dalm keadaan yang kemas( Abdullah Sani Yahya,2004). Begitu juga dengan peralatan yang lain kerana ini akan membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran serta mengekalkan disiplin murid-murid dalam bilik darjah.Suasana di bilik darjah yang dihiasi dan diatur kemas dengan pelbagai carta, gambar dan alat bantu mengajar, saiz bilik yang selesa turut membantu kepada murid-murid unruk menjalankan pelbagai aktiviti kumpulan atau permainan. Tingkap dan pintu yang mencukupi untuk pencahayaan dan pengedaran udara dengan baik serta eadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah. Sebagai rumusan, suasana fizikal bilik darjah yang kemas dan bersih boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
No comments:
Post a Comment